Saturday, December 25, 2010

alhamdulillah: 010

alhamdulillah, :)
Life is like a cup of coffee | live simply. care deeply. love generously.

tell-to-do-so: actually, i have a pocket to share here:) but when the-very-big M came, what else can i do? =.=' i know, kita kena lawan! aja2 fighting, but neveeeer mind, maybe next time. :)

Friday, December 3, 2010

the pictures tell more:)


:)

=.=' what they're looking for?

seronok dia bermain. and now, he always eager to play with water. he feels cool!

and now, don't say he also feel the same with that rock!

abah sempat berpesan :D

tell-to-do-so: your family is the most precious thing! :D


alhamdulillah: 009

bismillah,
alhamdulillah.

life cycleku sebagai pelajar dah bermula:) bersyukur masih lagi dianugerahi segalanya yang terbaik. alhamdulillah.
[dalam hati berdoa, moga semua pun mendapat yang sama! :D]
biarpun nikmat kau dan aku tak sama, tapi semua itu masih lagi nikmat dariNya. alhamdulillah:)
kadang2 hadiah dari Allah itu penuh rahsia. terkadang tersenyum dan ketawa itu nikmatNya. terkadang juga menangis pun menjadi hadiahNya untuk kita. penuh rahsia, kan?

menangislah,
untuk apa air mata diciptakan?
bukan hanya bahagia yang ada di dunia.
alhamdulillah. air mata untuk menangis:) kalau tidak diciptakan air mata, macam mana kita nak expresskan bad feeling, kan?

entah kenapa, perasaan ini datang bertamu dalam hati. umpamanya seperti tetamu tidak diundanglah, kan? :)

kali ini memang kali kedua berpisah dari parent, taaaapi saya bukan budaaak homesick! alhamdulillah:D tapi perasaan ini juga bukan kerana keciwa dengan kehidupan. na'udzubillah
[minta2 dijauhkan daripada perasaan tidak bersyukur =.=']

satu perasaan yang tak mampu diungkai dengan kata2:) itu yang pasti!

Ya Allah, hamba mohon disalurkan perasaan ini dengan sebaiknya:) hamba tidak hanya mahu berkeluh-kesah sahaja. Ya Allah, hamba memohon dengan penuh kerendahan hati dan kehinaan kerana hamba tidak mampu mentakdirkan sesuatu di luar kemampuanku.

tell-to-do-so: tak salahkan menangis? bukankah menangis melembutkan hati:) [senanglah nak masak goreng nanti, kan? :D]



Saturday, November 27, 2010

alhamdulillah: 008

one,two,three...

bismillah,
alhamdulillah. pejam celik pejam celik, bernyawa lagi rupanya. alhamdulillah. tanda syukurku padaNya. masih lagi punya waktu dan cahayaNya. cahaya Islam dan iman. yup, tahu, dah genap 4 minggu di rumah, baru sekarang jejak di sini ya. dah penuh bersawang, kan? maaf inche blog, sepupu awak, inche facebook selalu memanggil-manggil, jadi saya lebih kerap di sana. :D

terasa macam perumpamaan seperti berada dalam medan dakwah pula. :)

facebook dan blogger bersaing hebat untuk dapatkan pelanggan mereka. sama seperti para daie bersaing hebat untuk dapatkan mad'u mereka, [yup. bersaing dalam perkara kebaikan. :)] tetapi mereka perlukan medium tersendiri untuk tarik para mad'u [bukan sekadar macam tarik tali tau, perlukan komitmen yg sangat tinggi!] mereka menggunakan keunikan mereka sendiri untuk dapatkan "their attention". samalah seperti facebook dan blogger! facebook ada tarikannya tersendiri untuk dapatkan customer, customernya "1 Malaysia!" berbilang umur, jantina dan juga bangsa. hebattt, kan? blogger pula untuk mereka yang ada buah fikirannya tersendiri. mereka yang suka berkarya. hebatttt juga, kan? :D

hmm. rasanya kali ni post yang super-duper panjang.
a great holiday for entire month!
apa yang kamu dah tunaikan? mesti perancangannya hebat, kan?

mereka yang merancang itu hebat. kerana mereka ada high aim. mereka yang tidak merancang pun dikatakan telah merancang untuk gagal. mereka nampa keGAGALan ituu!

alhamdulillah. diberi kesihatan yang hebat untuk cuti yang panjang!
astaghfirullah, anda gagal tunaikan tanggungjawab anda sekali lagi. sila jangan cuba lagi!
i know you can do more, girl!

baiklah. noted! akhir next sem, iAllah 4 bulan cuti! :D ternyata cutinya saaaangat panjang! iAllah, mencuba untuk merancang yang terbaiiik:)

1. muet! [13.11.2010]
before sem break lagi, ternyata priority cuti lebih kepadanya. taaapi, almaklumlah cuti bila jejak rumah terchenta, buku pula ditinggal-tinggalkan di asrama kesayangan [ada rupa asrama ke? emm, jauh daripada parent, asramalaaa kan?] muet pun dilupa-lupakanlah yek? seminggu sebelum muet pun belum terasa debarnya. malam sebelum muet barulah terperasan esok dah nak muet. jazakillah baiti, housemateku tersayang sebab temankan tidur di rumah sepi malam tu. jazakillah juga untuk yang lain, sebab doakan yang terbaik! walapun ada sedikit terkilan sebab taknak balik rumah nilam! :D
alhamdulillah, muet's going well, i hope so with the result too :)

2. membaca, =.='
alhamdulillah. masih diberi peluang untuk menambah ilmu :D jazakillah untuk kak majidah kerana hadiahkan buku 'Bagaimana Menyentuh Hati'. a great thanks because i love it! :D buku tu, karya Abbas as-siisi. teringat ungkapan hebat beliau dalam mukadimah buku tu;

seorang daie itu bukan bekerja sebagai fuqaha' atau ulama. kerana kedua-dua tanggungjawab ini menjadikannya lemah dan melambat-lambatkan kerja dakwahnya. Namun, bukan alasan untuk semudah-mudahnya menggelar dirinya daie. daie ialah seorang muslim. muslim sangat syumul cara kehidupannya berpegang pada al-Quran dan as-Sunah.

secondly, Hlovate's books. sangat suka cara penulisannya. bersahaja, taapi ada juga unsur ilmiahnya. biarpun telat dibandingkan other readers, namun keinginan untuk memiliki buku-bukunya sangat tinggi!

5 tahun 5 bulan. mengisahkan Ana, seorang pelajar medicine!

itu yang best! menjadikannya sebagai obor semangat untuk menjadi seorang doktor. doktor yang luar biasa, iAllah! :D

3. RaudhatusSakinah [RS]
alhamdulillah. ustazah jamilah tak pernah lelah mengajak kami ke sana :) a great credits to hanan, fathimah and her! biarpun sumbangan kami tak seberapa, tapi amat berharga untuk kami :) permata yang sangat banyak. dan juga emas ukhuwwah! [ahha, kata majmuk ni!] terasa erat sangat bila kami kerap ke sana.

4. happy eid adha!
alhamdulillah. sempat berbakti! walaupun keringat tak sampai sebesen pun, tapi iAllah bermanfaat! biarpun untuk diri sendiri. arigato to our driver too, cik nad! [maaf, cik nad. suka panggil nama tu. kadang-kadang tersasul depan makcik2 hari tu. 'datang dengan cik nad, ops, nadhirah =.='] asiif, kalau tak menyenagkan. :D

5. rehlah di Belukar Bukit! [seronok :D]
alhamdulillah. dapat juga pulang ke kampung. apa guna cuti berminggu-minggu kalau tak balik kampung, kan?

6. seharusnya, mukhayyam-to-be...
ehem. mungkin alhamdulillah! segala yang terjadi itu telah disusun cantik, kan? there's always silver lining! msg caller, hari kedua cuti!

'Integrated Islamic School Shah Alam akan adakan mukhayyam, memerlukan fasilitator!'

subhanallah. masa dapat msg tu, dalam fikiran, Allah sayangkan waktu luang ini daripada dibazirkan kottt. :D Namun, Allah merancangnya lagi, mungkin tiada rezeki untuk berbakti pada mereka. taaapi, sempatlah ikut sama berbincang dengan para rijal yang akan memberi keringat pada mereka! iAllah, dipermudahkan segalanya, mudahan amalan antum diterima dan menjad saham pada amalan2 kebaikan yang lain. iAllah :)

8. result upsr :)
alhamdulillah. keputusannya hebat. biarpun tak sama, tapi nampak usaha dan kesungguhannya. jadikan ia batu loncatan untuk lebih excellent ya! :)

9. SPM :D
alhamdulillah. setelah berganti tahun, dia datang laaagi. tapi, tetamunya berbeza. kali ni wajah2 mereka lebiih bersemangat! iAllah, all the best untuk mereka. bittaufiq wa najah! :D

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah :)
cuba kira berapa alhamdulillah? :)

tell-to-do-so; Life isn't about coloring inside the lines, it's about where ever you can! :D
manfaat detik luangmu ya!

Monday, November 8, 2010

alhamdulillah: 007

Subhanallah....

Alhamdulillah, kalimah ini masih segar di tergantung di tepi bibir. Tak siapa dpt memastikan bahawa kita masih bergelar muslim atau tidak. Entah kenapa, terasa sangat lemah saat ini.

Ya Allah, berilah kekuatan itu kembali.

Sesungguhnya perjalanan dai’e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu,orang lalai akan hairan
melihat dai’e menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya, “Sampai bilakah kau akan melelahkan
diri? Dijawab dengan pasti oleh dai’e tersebut,“Sesungguhnya aku mengharapkan pengistirehatan(syurga)."
dipetik Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Rehat bagi daie adalah bukti kelalainnya. Benar, sekali kita mengatakan ingin rehat, ia bukan sekejap malah mungkin lama!

Ya Allah! Betapa hinanya aku, bukan aku sahaja yg bekerja untukMu, tp ramai lagi. Ramai lagi yg sedang menagih janji dariMu...

Sungguh! aku lemah saat ini, mencari di mana kekuatan yg pernah dimiliki..
Biarpun jasmani mengeluh minta direhatkan namun hati tak pernah jemu. Ya Allah, maha hebatnya kuasaMu! kerana dakwah itu CINTA bg para mujahideenMu...

Sunday, October 17, 2010

alhamdulillah: 006

'Pernah x merasai Allah menyanyangi kita?'

Ungkapan ini hadir darinya ketika dlm ktm yang memang sangat SESAK! Biarpun hanya sedikit, membuatkan jiwa ini bergetar. Itulah dia, biarpun kelihatan biasa2, namun mengenalinya, dia sangat HEBAT. Kehebatan yang x perlu diagung-agungkan!

Yup, acapkali bila masalah melanda, hati kotor sering berbisik yg bukan2, entah kenapa mesti pada saat itu juga? tapi begitulah sayang Allah tiada apa yg setanding denganNya.

"Jangan takut, jangan berdukacita." [Al-Ankabut 29:33]

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah.
Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

Friday, October 15, 2010

alhamdulillah: 005

.......I

really clueless when comes to blog. but somehow i really miss those blogs-update-thingy.

it's HARD. yup, one word that maybe could explain a little bit. being here makes me feel really miss those moments. it's hard to explain!!!

not much to say. everything going wrong~ but 1 thing, hopes all these hardships make me better in everything. i believe that very hardship that i've gone through is Allah's love.

"Others may not thought 'bout something as you do. Have a flow, yet, be steady."
sorry for taking it from U, but i just love it*
Kadang2 kita ada sifat tersendiri, perlu ada 'tamayyuz'.

Yuk, jadilah berani. *Menjadi DIRIKU*

p/s: sometimes feel hopeless, but is it Allah with us? ^.^ hope the best to beat the rest~

Sunday, June 13, 2010

alhamdulillah: 004

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, diberi sela2 masa untuk menulis di sini.

Sibghah Allah. Siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada menyembah Allah? Dan kepada-Nya kami menyembah [ al-Baqarah : 138]

Sudah 3 minggu di sini, Allah mentakdirkah kewujudanku di sini, menimba sebanyak mugkin titipan ilmu-Nya. Biarpun daripada ALAM itu sendiri. Mudahan segalanya dipermudahkan.

[tamhidimedic.usim]

Monday, March 29, 2010

alhamdulillah: 003

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya)
perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat.
Tolaklah (kejahatan)
dengan cara yang lebih baik;
apabila engkau berlaku demikian
maka orang yang menaruh rasa permusuhan
terhadapmu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah
seorang sahabat karib.
[al-Fussilat; 34]

Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsirkan dan sebagainya...

Muhasabah hubungan kita dengan Allah.
Mungkin Allah mendidik,
membina,
meneguhkan
hati kita
melalui kerenah musuh kita...

Thursday, March 25, 2010

meminta.lagi?

Bismillahirrahmanirrahim
Malam makin larut. Saat ini masing2 sudah terlena pada mimpinya. Tapi mata ini x mahu ditutup, entah. Banyak perkara yang sedang bermain di fikiran.

.......................................
Mungkin juga ini?
..............................................
atau itu.
....................................

Apa tu? Entahlah, itulah.
Akal sendiri pun x pasti. taktahu.

Menerawang teratak sahabat. Ada yang rajin mengangkat jari menitip bicara.saban hari. Tapi tak kurang kalah sama dengan hazirah. Lengang, sepi......
Pernah merasai kecewa? sedih?
sama tak dengan futur? Emmmmm....
urrrrrmmmmm. *geleng-geleng* entahlah

Dahulu, di sekolah, acapkali membincangkan futur. futur itu.futur ini.
Sehinggakan membina utuh alam hati
Oh yeah! Saya mampu melawan futur. Saya rasa kuat!
Namun, dalam kegelapan malam ini, seolah-olah ada yang cuba meruntuhkan satu-persatu benteng itu.
Oh Allah, dinding imanku makin rapuh!
Itulah, pernah seorang ukhti berpesan jangan menyangka kita ini kuat hanya kerana kita sudah menerima segala ilmu tentangnya. Tetapi ujian Allah itu bukan diukur berdasarkan kelemahan dan kekuatan fizikal diri kita, sebaliknya diuji sejauh mana imanmu, dik! Lihatlah berapa ramai para cendekiawan yang hanyut dek ujian yang dialami sedangkan ilmunya setinggi langit. Tak kurang juga kononnya 'ustaz2'. Teruskan berdoa, doa itu cahaya dan senjata kita. Ampuhkan imanmu selalu, dik!

Bukankah dalam kalamullah al-'aziz berfirman [al-ankabut:2]
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan engan berkata " kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
"
Kini, walaupun belum lagi bergelar mahasiswi. belum lagi merasai jarak yang jauh antara sahabat yang lain sudah merasai kefuturan iman itu sedikit demi sedikit. seolah-olah lagaknya sudah mengalah.
BELUM,
dengan bertanyakan pada ukhti2, alhamdulillah makin bercambah. moga makin subur.

[kata ukhti lagi] kadang2 kita xkuat, memang kita lemah. Tapi kita ada doa. biar xsiapa tahu. xsiapa nampak. xsiapa perasan. tapi, DOA bukan sekadar kata2 picisan yang mengadu lemah. longlai. DOA rantaian hati kita dengan rabb. Jangan putus doa atau Allah putus sayang pada kita. jangan segan minta pendapat dari sahabat2 kita, atau paling tidak minta senyumnya. Itulah tautan ukhuwwah ya dik.

Minta. minta lagi. memang kita banyak kali minta. mintalah pada-Dia sebab Dia xkan mengejek kita. xkan membiarkan kita, malahan makin rindu...

Saturday, March 13, 2010

alhamdulillah: 002

bismillahirrahmnirrahim....

.terkedu sekejap.

alhamdulillah, rasanya setiap hari itulah kalimah yang sering dilafazkan...

setiap kali melihat,
mendengar,
merasai,
dan mengetahui......

ALHAMDULILLAH

11 Mac 2010 [siapa tahu tarikh apa ni?]
.yup. tarikh keramat batchsebelas.
mabruk 'alaykum, teman2....

[kata abah] If you have sucess in something, believe there is always ALLAH with us... Bila kita cemerlang atau gemilang sekalipun, jangan lupa pada guru2, merekalah tangan2 ALLAH yang membantu kita.

Thanks para murabbi sekalian....

.teringat sebuah buku.
Dalam tu tertulis, sebenarnya di sebalik kelemahan kita sebenarnya ada kekuatan yang kadang2 kita x pernah terfikirkan. Cuba bayangkan, hanya kerana seorang bayi yang kecil, ada ramai ibu2 yang sang sanggup bertarung nyawa untuknya. Seorang ayah sanggup berhempas-pulas juga untuknya. Tetapi bayi itu amat kecil, malahan tiada kekuatan apapun pada bayi tersebut yang secara logiknya, kenapa sang ibu dan ayah itu sanggup bersusah-susah untuknya? Sedangkan seorang raja yang berkuasa juga x berupaya?

Then, percaya x? di balik kekurangan, kekusutan kita ada satu magik...

.kita menangis meminta pada Allah berilah panas. namun sebaliknya Allah berikan hujan. tetapi sebenarnya Allah ingin menghadiahkan untuk kita sang PELANGI yang cantik...

alhamdulillah, bukankah hadiah ALLAH itu istimewa?