Saturday, November 27, 2010

alhamdulillah: 008

one,two,three...

bismillah,
alhamdulillah. pejam celik pejam celik, bernyawa lagi rupanya. alhamdulillah. tanda syukurku padaNya. masih lagi punya waktu dan cahayaNya. cahaya Islam dan iman. yup, tahu, dah genap 4 minggu di rumah, baru sekarang jejak di sini ya. dah penuh bersawang, kan? maaf inche blog, sepupu awak, inche facebook selalu memanggil-manggil, jadi saya lebih kerap di sana. :D

terasa macam perumpamaan seperti berada dalam medan dakwah pula. :)

facebook dan blogger bersaing hebat untuk dapatkan pelanggan mereka. sama seperti para daie bersaing hebat untuk dapatkan mad'u mereka, [yup. bersaing dalam perkara kebaikan. :)] tetapi mereka perlukan medium tersendiri untuk tarik para mad'u [bukan sekadar macam tarik tali tau, perlukan komitmen yg sangat tinggi!] mereka menggunakan keunikan mereka sendiri untuk dapatkan "their attention". samalah seperti facebook dan blogger! facebook ada tarikannya tersendiri untuk dapatkan customer, customernya "1 Malaysia!" berbilang umur, jantina dan juga bangsa. hebattt, kan? blogger pula untuk mereka yang ada buah fikirannya tersendiri. mereka yang suka berkarya. hebatttt juga, kan? :D

hmm. rasanya kali ni post yang super-duper panjang.
a great holiday for entire month!
apa yang kamu dah tunaikan? mesti perancangannya hebat, kan?

mereka yang merancang itu hebat. kerana mereka ada high aim. mereka yang tidak merancang pun dikatakan telah merancang untuk gagal. mereka nampa keGAGALan ituu!

alhamdulillah. diberi kesihatan yang hebat untuk cuti yang panjang!
astaghfirullah, anda gagal tunaikan tanggungjawab anda sekali lagi. sila jangan cuba lagi!
i know you can do more, girl!

baiklah. noted! akhir next sem, iAllah 4 bulan cuti! :D ternyata cutinya saaaangat panjang! iAllah, mencuba untuk merancang yang terbaiiik:)

1. muet! [13.11.2010]
before sem break lagi, ternyata priority cuti lebih kepadanya. taaapi, almaklumlah cuti bila jejak rumah terchenta, buku pula ditinggal-tinggalkan di asrama kesayangan [ada rupa asrama ke? emm, jauh daripada parent, asramalaaa kan?] muet pun dilupa-lupakanlah yek? seminggu sebelum muet pun belum terasa debarnya. malam sebelum muet barulah terperasan esok dah nak muet. jazakillah baiti, housemateku tersayang sebab temankan tidur di rumah sepi malam tu. jazakillah juga untuk yang lain, sebab doakan yang terbaik! walapun ada sedikit terkilan sebab taknak balik rumah nilam! :D
alhamdulillah, muet's going well, i hope so with the result too :)

2. membaca, =.='
alhamdulillah. masih diberi peluang untuk menambah ilmu :D jazakillah untuk kak majidah kerana hadiahkan buku 'Bagaimana Menyentuh Hati'. a great thanks because i love it! :D buku tu, karya Abbas as-siisi. teringat ungkapan hebat beliau dalam mukadimah buku tu;

seorang daie itu bukan bekerja sebagai fuqaha' atau ulama. kerana kedua-dua tanggungjawab ini menjadikannya lemah dan melambat-lambatkan kerja dakwahnya. Namun, bukan alasan untuk semudah-mudahnya menggelar dirinya daie. daie ialah seorang muslim. muslim sangat syumul cara kehidupannya berpegang pada al-Quran dan as-Sunah.

secondly, Hlovate's books. sangat suka cara penulisannya. bersahaja, taapi ada juga unsur ilmiahnya. biarpun telat dibandingkan other readers, namun keinginan untuk memiliki buku-bukunya sangat tinggi!

5 tahun 5 bulan. mengisahkan Ana, seorang pelajar medicine!

itu yang best! menjadikannya sebagai obor semangat untuk menjadi seorang doktor. doktor yang luar biasa, iAllah! :D

3. RaudhatusSakinah [RS]
alhamdulillah. ustazah jamilah tak pernah lelah mengajak kami ke sana :) a great credits to hanan, fathimah and her! biarpun sumbangan kami tak seberapa, tapi amat berharga untuk kami :) permata yang sangat banyak. dan juga emas ukhuwwah! [ahha, kata majmuk ni!] terasa erat sangat bila kami kerap ke sana.

4. happy eid adha!
alhamdulillah. sempat berbakti! walaupun keringat tak sampai sebesen pun, tapi iAllah bermanfaat! biarpun untuk diri sendiri. arigato to our driver too, cik nad! [maaf, cik nad. suka panggil nama tu. kadang-kadang tersasul depan makcik2 hari tu. 'datang dengan cik nad, ops, nadhirah =.='] asiif, kalau tak menyenagkan. :D

5. rehlah di Belukar Bukit! [seronok :D]
alhamdulillah. dapat juga pulang ke kampung. apa guna cuti berminggu-minggu kalau tak balik kampung, kan?

6. seharusnya, mukhayyam-to-be...
ehem. mungkin alhamdulillah! segala yang terjadi itu telah disusun cantik, kan? there's always silver lining! msg caller, hari kedua cuti!

'Integrated Islamic School Shah Alam akan adakan mukhayyam, memerlukan fasilitator!'

subhanallah. masa dapat msg tu, dalam fikiran, Allah sayangkan waktu luang ini daripada dibazirkan kottt. :D Namun, Allah merancangnya lagi, mungkin tiada rezeki untuk berbakti pada mereka. taaapi, sempatlah ikut sama berbincang dengan para rijal yang akan memberi keringat pada mereka! iAllah, dipermudahkan segalanya, mudahan amalan antum diterima dan menjad saham pada amalan2 kebaikan yang lain. iAllah :)

8. result upsr :)
alhamdulillah. keputusannya hebat. biarpun tak sama, tapi nampak usaha dan kesungguhannya. jadikan ia batu loncatan untuk lebih excellent ya! :)

9. SPM :D
alhamdulillah. setelah berganti tahun, dia datang laaagi. tapi, tetamunya berbeza. kali ni wajah2 mereka lebiih bersemangat! iAllah, all the best untuk mereka. bittaufiq wa najah! :D

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah :)
cuba kira berapa alhamdulillah? :)

tell-to-do-so; Life isn't about coloring inside the lines, it's about where ever you can! :D
manfaat detik luangmu ya!

1 comment: