Friday, December 3, 2010

alhamdulillah: 009

bismillah,
alhamdulillah.

life cycleku sebagai pelajar dah bermula:) bersyukur masih lagi dianugerahi segalanya yang terbaik. alhamdulillah.
[dalam hati berdoa, moga semua pun mendapat yang sama! :D]
biarpun nikmat kau dan aku tak sama, tapi semua itu masih lagi nikmat dariNya. alhamdulillah:)
kadang2 hadiah dari Allah itu penuh rahsia. terkadang tersenyum dan ketawa itu nikmatNya. terkadang juga menangis pun menjadi hadiahNya untuk kita. penuh rahsia, kan?

menangislah,
untuk apa air mata diciptakan?
bukan hanya bahagia yang ada di dunia.
alhamdulillah. air mata untuk menangis:) kalau tidak diciptakan air mata, macam mana kita nak expresskan bad feeling, kan?

entah kenapa, perasaan ini datang bertamu dalam hati. umpamanya seperti tetamu tidak diundanglah, kan? :)

kali ini memang kali kedua berpisah dari parent, taaaapi saya bukan budaaak homesick! alhamdulillah:D tapi perasaan ini juga bukan kerana keciwa dengan kehidupan. na'udzubillah
[minta2 dijauhkan daripada perasaan tidak bersyukur =.=']

satu perasaan yang tak mampu diungkai dengan kata2:) itu yang pasti!

Ya Allah, hamba mohon disalurkan perasaan ini dengan sebaiknya:) hamba tidak hanya mahu berkeluh-kesah sahaja. Ya Allah, hamba memohon dengan penuh kerendahan hati dan kehinaan kerana hamba tidak mampu mentakdirkan sesuatu di luar kemampuanku.

tell-to-do-so: tak salahkan menangis? bukankah menangis melembutkan hati:) [senanglah nak masak goreng nanti, kan? :D]



No comments:

Post a Comment