Thursday, December 17, 2009

[ SPM berakhir? ]

Subhanallah,
sungguh masa tidak pernah menanti kita, lihatlah kini masa lalu hanya menjadi kenangan...

Terdetik di hati masih tidak percaya, namun terimalah hakikat saat itu baru sahaja berlalu. Walla, sebenarnya terkedu seketika. dah lama tak menekan papan kekunci ini untuk membariskan kata2 yang terbuku.

Tadi sore (sore? sejak bila jadi orang indon nih?), sempat melihat-lihat blog ni tapi kelu, ternyata malam juga saat mencantas idea. Kalau baca post kali ini, nampak smooth je, tapi agak teragak-agak juga sebenarnya... (huh, dah lama tak berbahasa rupanya).
SPM baru sahaja berlalu, menandakan fasa sudah berubah, sebulan diuji kefahaman di atas kertas ( sebenarnya lebih kurang 11 hari je!!) kemudian 3 bulan terkemudian ini bermulalah saat diuji konsep tawakal daripada segi praktikalnya (huh, PQS nie~). Ternyata hati masih diombang-ambing dilambung ombak. Dah habis dah sesi pembelajaran di sekolah, kata orang dah besar budak ni ye. (hmm, alamatnya tak kesampaian nak jadi tinggi, ketinggian masih macam tu juga, hehe) SERONOK, sebab dah tak perlu gosok uniform sekolah setiap pagi, yang TAK SERONOKnya, pasti hati menjadi rindu pada saat2 manis dan pahit bersekolah, kan? (Eleh, tengok muka dah tahu, jangan tipulah) Walaupun adakalanya kita pernah saling bermasam muka, tercuit juga rindu... (RINDU nak gaduh lagi heheh) Huh, itulah suratan, andai ada sahaja pertemuan yang kita jalinkan, pasti perpisahan datang bertandang walau tanpa dipinta..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, kadang2 ada seperkara yang perlu kita diam-diamkan, susah sebenarnya bagi ana untuk membariskan kata2 rindu seperti rakan2 seperjuangan yang lain. [rahsia hati ini Allah lebih mengetahui] Buat kalian yang sudi menghulurkan tangan memulakan perkenalan, insyaAllah, andai dipanjangkan usia, bertemu lagi.
Buat mak dan abah juga, syukran atas kesabaran kalian, sungguh tak terhingga...

.:. Doakan kami batchsebelas mendapat yang terBAIK ya. Kami mengharapkan doa kalian menjadi penguat kami... .:.

Sunday, August 23, 2009

.kedatangannya.

Allahumma bariklana fii rajaba wa sya'baan wabalighna fii ramadhan
Alhamdulillah, sekarang dah 2 ramadhan. kedatangannya benar-benar dinanti oleh setiap kaum muslimin dan muslimat. Siapa yang tidak mahukan MEGASALE terhebat ini, bukan?

Alhamdulillah thumalhamdulillah, kesihatan dah bertambah baik. masih mampu menyedut nafasNya dan juga dianugerahi nikmat iman dan islam. masih juga mampu menyiapkan homework yang bertimbun bak kata tmah... aduhai!

Trial bakal menjelang, hati berdebardebar. tapi masih buat x tahu. hehe, masih punya waktu. itulah alasan yang selalu diberi. sampai saatnya nanti, barulah terkocoh-kocoh. macam lari 100 meter.

hazirah, sedarlah, seminggu lagi nak trial. SPM, hujung tahun ni. Ops, tak boleh sebut hujung tahun, tapi 18 November. Kalau nak CEMERLANG, mesti jelas matlamatnya.
[ oh, jelas matlamat, tapi malas usaha, boleh cemerlang ke?]

Oklah, tadi belekbelek jumpa ni,

Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam bulan Ramadhan dalam keadaan selamat dari berbagai penyakit, haindarkan kami dari berbagai kesibukan dan hindarkan pula dari rasa cepat mengantuk
[ Doa Ali bin Abi Thalib ketika menyambut Ramadhan ]

InsyaAllah, bulan Ramadhan inilah bakal kita .mengasah yang tumpul. di hati kita. .memperbanyakkan yang kurang. .membaguskan yang KO.

Semoga kedatangannya kali ini tidak disia-siakan. Datangnya dinanti-dinanti. Perginya masih berbekas. Subhanallah, Maha Suci Allah, masih memanjatkan usiaku yang kian lama kian bertambah. Selamat berpuasa dan berAMAL.

Wednesday, August 12, 2009

.sakit.

Allahumma 'aafina fi badanina, Allahumma 'aafina fi sam'iina, Allahumma 'aafina fi bashorina"

.berdoa. berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik. Kini, wabak H1N1 makin merebak. Maklumat langkah-langkah pencegahan dan poster di tempat awam serta di media massa mencerminkan kebimbangan masyarakat terhadap wabak ini. Rata-rata semua makin bimbang dengan ancaman makhluk seni ini.


Namun, fenomena wabak ini sebenarnya mengajak kita untuk kembali bermuhasabah keraana kita telah lari jauh.... JAUH dari rahmat Allah. Seharusnya, wabak ini menjadi titikTOLAK kepada kita untuk melihat yang positif. Kita seharusnya bersangkaBAIK bahawa wabak ini ada HIKMAHnya, ada rahsiaNya yang terSEMBUNYI.

Ana juga TIDAKsihat baru-baru ini. Cemburu melihatkan sahabat2 yang segarBUGAR, sedangkan ana terpaksa berCUTI kerana bimbang takut melarat. Namun melihat yang BAIKnya, ana dapat juga BERCUTI!!! Jangan marah. 2minggu duduk kat rumah.

[Trial] makin menghampiri, namun cuti bertimbun-timbun.


Pesan [abah], tak mengapa, orang yang duduk kat rumah, lagi BANYAK yang mampu dia buat dari orang yang bersekolah,kan? [angguk-angguk, betul KE?] hehe....

waktu demamdulu, dapat sms:


[ dah sembuh? Jangan bimbang, ukhti, sakit itu penghapus dosa dan tandanya ALLAH sayang..]



InsyaAllah, benar-benar mengharapkan sayangALLAH datang bertamu. ALLAH tak pernah memilih sayang namun kita kerapkali lebih kuah dari sudu, kita kerap melupakanNya yang tak pernah JEMU merindukan kita....








Alhamdulillah, sekian lama tak menulis di sini... Sekadar ingatan yang tak pernah padam. Perjuangan daku belum terhenti tapi memerlukan selaWAKTU untuk SPM yang akan datang. Bimbang, takut dan risau. Doakan yang terBAIK ya...

Tuesday, June 2, 2009

Cuti



Janganlah engkau berputus asa dengan terlambatnya pemberian (istii'jab do'a)
sedangkan engkau terus menerus berdo'a.
Kerana Ia telah menjamin untuk menjawab...
sesuai dengan apa yang Ia pilih untukmu...
bukan sesuai denganapa yang engkau pilihkan untuk dirimu sendiri.
Dan diwaktu yang ia kehendaki...
bukan diwaktu yang engkau mahui...
Alhamdulillah. Cuti panjang datang lagi. Entah ini kali keberapa hazirah menyusun ayat. Sekejap menulis sekejap dipadam. Entahlah, sudah lama tidak melakar bicara di sini. InsyaAllah, mencuba untuk membariskan kata2 yang bermanfaat utk kita.

Exam yang lepas benar2 menyesakkan, tambah lagi khabar berita yang tidak menyenangkan. Boleh hilang concentration. hah? dah masuk bab chemistry ke? .hoho. chemistry yang killing. mmg hobi dia begitu. kot.

oke. sekarang kita terbangterbang.

Tadi, sempat menjejak laman2 web yang bertaburan. Sungguh berminat dgn persoalan di Saifulislam.com. Pasti ramai yang kenal, bukan? Bicaranya, pelajar Malaysia kini berpelajaran tapi tak berpendidikan. hoh. berbelit sungguh ayatnya. Namun, itu yang memancing minat ana untuk membaca. Jelas, benar apa yang diutarakannya. Tepat benaknya.

Kini, pelajar2 di Malaysia lebih menghitung jumlah 'A' daripada nilai estetika mata pelajaran tersebut. Lebih mengecewakan, analah mangsanya. Mangsa penipuan dgn nilai pendidikan di negara kita. Sungguh, misi pendidikan di sekolah di seluruh Malaysia kini hanyalah sekadar sandiwara semata.

Benar, ana tak menafikan pelajar yang memiliki berpuluh-puluh 'A' adalah pelajar yang pintar. Mereka adalah pelajar2 yang berdisiplin dan positif. Namun, ada sebahagian mereka, tidak mampu menguasai mata pelajaran tersebut. Mungkin ada salahnya pada graf yang sekejap naik dan turun.

Ana bukanlah pelajar pintar yang seolah-olah mendabik dada. Namun, hanyalah pelajar yang terkesan akan bicara di laman tersebut.
p/s: JANJI, x nak kira jumlah A lagi, tapi kalau banyak A, takpekan. hoho. cuti panjang ni saya outing di kampung shj. oke. ikhlaskan diri ye untuk cuti kali ini. manfaatkan cuti seeloknya.
salamsayang, tata...

Thursday, March 19, 2009

alhamdulillah: 001


“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (al-Israa':82)


Subhanallah, betul2 sekarang hazirah merasakan susah hati. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini... Astagfirullah, bersabarlah, hazirah sesungguhnya jadikanlah sabar dan solatmu sebagai pembantumu...


Cahaya al-Quran menyinari seluruh dunia sebagai petunjuk dan pedoman hidup bagi peribadi yang menghendaki ketenteraman, kedamaian dan kebahagiaan.


Al-Imam Ghazali berkata dalam kitabnya Ihya Ulumuddin:

"Segala macam ilmu pengetahuan, baik yang terdahulu, sekarang, akan datang, semuanya berpunca daripada al-Quran."


p/s: InsyaAllah, sekarang hazirah cuba untuk bersabar dengan ujian ini kerana hazirah tahu Allah ingin menghadiahkan hazirah kekuatan yang luar biasa...

Monday, March 9, 2009

.kekuatan.

" dan Kami beri kesenangan kepada mereka sampai waktu tertentu ; " [Yunus:98]

Subhanallah, sekarang sedang bertungkus-lumus meninggalkan beberapa tuntutan yang terpaksa ditinggalkan seketika. Adoyai!!!

Namun, tak mengapa hazirah, usaha kamu walau sedikit mana pun, pasti akan dihisab juga di akhirat nanti.

Paling penting, syaratnya I.K.H.L.A.S Ikhlas: awal, tengah dan akhir.... yosh!!! usaha kuat2...

.maulidur.rasul.

Bismillahirrahmanirrahim...



ehehe... (saya suka menulis!!!)



Alhamdulillah, masih lagi bernafas... 1,2,3 hirup!!!! Tambahkan lagi amal, tingkatkan iman, interprestasikan diri... InsyaAllah...



Hari ini, hari kemuliaan bagi semua umat Islam. Hari kita meraikan kelahiran nabi Muhammad saw, penghulu sekalian nabi... Mari, banyakkan selawat ke atas nabi...



Tadi, berkesempatan melihat perarakan sempena maulidur rasul di masjid tmn universiti. Teruja melihat banyaknya kumpulan yang menyertai perarakan. Agaknya mungkin tambah teruja bila melihat sendiri perarakan di masjid negara. (teringin sungguh!!!)

Ok, lupakan seketika. Dulu, pernah mendengar,

"masa sehari maulidur rasul inilah, ramai yang bersama-sama menyambut, mengingati kembali sirah perjuangan junjungan mulia kita. Kalau yang jarang berselawat, masa inilah baru diringankan mulut untuk berselawat."

Dulu, berfikiran begini,

"Bukankah memang kewajipan kita untuk berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah saw. Dan dengan selawat yang kita berikan itulah, yang memberi syafaat kepada kita."

Sekarang, begini pula,

"Barulah melihat fenomena manusia yang sebenar. Alangkah ruginya!!! Benar, sambutan sebegini amat diperlukan untuk dunia masyarakat kita."

huhu, dalam hati berdoa, moga Allah sentiasa menjauhkan diri ini dari perkara2yg melalaikan. InsyaAllah...


"sesungguhnya ALLAH dan para malaikat-NYA berselawat kepada nabi MUHAMMAD, wahai orang2 yang beriman berselawatlah kamu sekalian kepadanya dengan selawat yang penuh penghormatan"(surah al ahzab:56)
p/s: sambutan maulidur rasul bukan disambut hari ini sahaja. Tapi suburkan dalam hati kita yea? Moga akhlak rasulullah saw menjadi Qudwah kita!!! yosh, usaha!!!

Sunday, March 8, 2009

.Kisah.lalu.

Bismillahirrahmanirrahim...

hoho. lidahku.kelu. (macam mana nak mulakan nih?)

Alhamdulillah, UB1 dah berakhir... tapi perjalanan SPM utk tahun ini belum berakhir. Masih ada yang perlu diperbaiki, insyaAllah ruang waktu yang ada ini takkan disia-siakan.

Firman Allah taala:
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebaikan, dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran


Susah, susah untuk berjanji. Namun, kita seharusnya berusaha untuk sama2 memanfaatkan masa sesuai dengan...

Nabi s.a.w. bersabda; “Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari.” - Sahih Muslim

Bercerita tentang kisah lalu, selepas exam, ada malam tazkiatun nafs. Hati ini sangat teruja sbb akhirnya semua warga batchsebelas dapat dihimpunkan bersama sekali lagi setelah setahun makan hati. Namun, rupanya panas cuma seketika, sebelum program malam tu, hati sudah memberontak. Sungguh tak puas hati dengan sikap banin dan banat.

Akhirnya, program malam itu sangat seronok. Inilah yang ana mahukan. Suasana yang dapat menguji rohani kita. Sungguhpun program Qiam seolah-olah sudah lali dengan kehidupan pelajar SMIH. Malam itu barulah terbongkar bagaimana rupa hati kita. Banyak yang ana pelajari hanya setelah melalui pengalaman seronok itu. Tapi, biarlah ia menjadi rahsia kami, menjadi kenangan kami....

Terima kasih buat para AJK kerana telah menyajikan kami program yang amat seronok. Buat para pelakon tambahan, lakonan anda semua amat berkesan!! Buat sesiapa yang belum mengerti atau mungkin ada yang masih marah2kan AJK, mereka telah amat bertungkus-lumus untuk menjadikan program ini amat seronok (ayat yang hiperbola!!). Sedarlah, tak semestinya yang teruk itu buruk, tapi yang teruk itulah yang terBAIK buat kita...

"Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana ke atasmu, tiada yang dapat menghilankannya melainkan dia. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas segala sesuatu" (6:17)

p/s: Belajarlah menerima hakikat, meskipun pahit untuk ditelan. (Walaupun dah ramai yang lupa2 ingat, hazirah nak tulis jugak!)

Saturday, March 7, 2009

Permulaan yang keDUA

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, akhirnya, inilah permulaan yang kedua untuk blog ini kembali aktif dalam dunia mayanya. Semoga pertemuan kita di ruangan ini dapat menambahkan ilmu dan menguatkan semangat untuk terus berda'wah kearah agama ISLAM yang sebenar.

InsyaAllah, sedikit motivasi untuk rohani kita

"Diibaratkan hubunga iman dan islam itu adalah seperti benih dan pokok. Sebatang pokok tidak akan tumbuh jika tiada benih. Boleh jadi juga benih yang di letakkan di dalam tanah tidak tumbuh. Jika tumbuh pula, boleh jadi pokok itu cacat kerana tanah yang kurang baik mahupun kekurangan air. Dan boleh jadi juga ia tumbuh dengan subur dan menghijau kerana cukup segala keperluannya. Begitulah juga tidak mungkin seorang manusia itu menjadi muslim apabila di hatinya tiada iman. Jika punya iman, kadangkala islamnya tidak sempurna kerana kurangnya tekad dan ilmu. Dan ada juga yang iman dan islam mereka sempurna kerana cukup segala keperluannya dari segi tekad dan ilmu."
p/s: Sejujurnya, penulisan di sini amat ana rindukan. Janji tak nak delete blog sesuka hati lagi!!! (Haha... padan muka!)