Tuesday, July 12, 2011

alhamdulillah 015 ;)

Bismillah,

Janganlah kita merasakan program2 tarbiyah yang selalu kita hadiri, dengarkan dan fahami sekadar program motivasi.

rephrasing from one of daurah here:) tertarik dengan sentence di atas, sebab dalam diam merasakan perkara itu yang dilakukan hari2. MasyaAllah, betapa banyaknya masa yang telah dirugikan dengan sekadar menjengahkan muka tapi takberdaya menghasilkan sesuatu. Sekadar recharge battery yang semakin lumpuh menjadi ampuh! Kemudian apabila jejak pulang ke rumah, kembali normal dan datang kembali ke program tarbiyyah untk recharge lagi. Sekadar menjadi rutin yang akhirnya mendatangkan penat bukan semangat. Betapa ruginya.

Melalui tarbiyyah ini, kita mahu melakukan kader2 dakwah untuk membantu menggerakkan ISLAM ini kerana bukan ISLAM ini untuk disimpan semata.

aduh!, hati tersentak lagi, sampai bila perlu berada di takuklama?

walkie-talkie; betapa hati ini takpernah serius dengan jalandakwah ini. alhamdulillah, Allah tarik kembali untuk samasama berada dalam saf ini.

Ya Allah, ilhamkanku kecerdikan dan kebijaksanaanMu, dan juga kesabaran untuk tetap istiqamah:)



Wednesday, July 6, 2011

alhamdulillah 014:)

yup, thank youuuu, dear rapunzel:)

walkie-talkie; O Allah, please hold on to me, I think I’m far faaar away flying upon nowhereL


Monday, July 4, 2011

alhamdulillah; bersih?

"Bismillah,

Seharian duduk di rumah:) since I have nothing to do, here I got something to share; BERSIH.

Okay, here is a post about that, taken from http://pemikiranpemikir.blogspot.com/2011/07/bersih-20-antara-resolusi-atau-revolusi.html

-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Penganjur Perhimpunan Haram Khuatir Kebangkitan BN" - 27 Jun 2011
"Berbaur Komunis" - 27 Jun 2011
"Ambiga Degil" - 28 Jun 2011
"Anasir Asing Meresap" - 29 Jun 2011
"Lagi Bukti Komunis" - 30 Jun 2011
"Tidak Tunduk Desakan Bersih"- 1 Julai 2011
"Pintu Rundingan Ditutup" -2 Julai 2011

Sejak dua menjak ini, dada-dada akhbar penuh dengan hamburan berkaitan dengan Fenomena hangat ketika ini iaitu Bersih 2.0. Tajuk-tajuk di atas merupakan tajuk muka depan akhbar-akhbar utama Malaysia selama satu minggu. Banyak lagi sebenarnya nama samaran yang diberikan kepada perhimpunan Bersih ini. Juga ada yang mengatakan bahawa Bersih ini mahu menghuru-harakan keadaan harmoni negara melalui demonstrasi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar juga dalam satu sidang media mengatakan bahawa Bersih mampu mencetuskan suasana anarki dalam negara, yang boleh berlakunya keganasan, kecederaan, dan juga kerosakan harta benda.

Hakikatnya, objektif penubuhan Bersih ini adalah selari dengan nama yang dipilih iaitu untuk mereformasikan pelaksanaan pilihanraya di Malaysia sejajar dengan konsep demokrasi asas yang dipegang negara sejak Merdeka.

Berikut merupakan tuntutan Bersih 2.0 :

1. Membersihkan senarai nama pemilih.
2. Mereformasikan sistem undi pos.
3. Penggunaan dakwat kekal untuk pengundi.
4. Kempen pilihanraya berjalan selama 21 hari.
5. Media yang bebas dan adil.
6. Mengukuhkan institusi-institusi awam.
7. Penghapusan segala bentuk korupsi.
8. Penghapusan politik kotor.

Berdasarkan 8 tuntutan yang dinyatakan, tiada satupun yang dilihat sebagai suatu ancaman sama ada kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan, Pembangkang, Islam, Keistimewaan Orang Melayu, dan sebagainya. Bahkan, 8 tuntutan ini tidak memberikan sebarang kelebihan kepada mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang dalam konteks pilihanraya. Bersih menuntut pilihanraya yang adil, bukannya pilihanraya yang menyebelahi pembangkang.

Seharusnya, pihak kerajaan turut menyokong tuntutan Bersih ini dan jika semua tuntutan ini dilaksanakan secara menyeluruh oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan Parti Barisan Nasional masih mengekalkan majoriti undi, mereka sudah boleh mendabik dada kerana menang selepas segala tuntutan Bersih ini dilaksanakan.

Selain itu, jika semua pihak termasuk kerajaan, bukan sahaja dari sebelah pembangkang, bersama menyokong 8 tuntutan ini terutamanya YB Perdana Menteri Malaysia, sudah pasti kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri akan diangkat kerana menyokong pelaksanaan pilihanraya yang bersih dan adil.

Cukup berkaitan dengan dasar. Sekarang, isu perhimpunan pula. Segala jenis perhimpunan aman adalah dijamin sebagai hak menurut Artikel 10 Klausa 2(b). Ya, tidak dinafikan bahawa ada batas kebebasan yang diberikan, dan dalam konteks perhimpunan, Seksyen 27 Akta Polis 1967 menjadi kekangan. Sebarang perhimpunan yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis, tidak boleh dijalankan. Namun begitu, berpandukan kepada seksyen 27 itu juga, polis berkuasa untuk meluluskan permohonan permit dan membenarkan sebarang perhimpunan dijalankan.

Banyak pihak yang bertanya adakah perhimpunan ini mampu menjamin tiada sebarang bentuk rusuhan dan ketegangan dan kebanyakan mereka melihat sejarah perhimpunan-perhimpunan yang dijalankan sebelum ini seperti Bersih 1, Perhimpunan Hak Air, Solidariti Mesir, dan juga Mayday yang berakhir secara tidak aman. Namun yang demikian, ianya bukanlah disebabkan oleh para demonstran, tetapi lebih kepada status "haram" yang diletakkan oleh para pemerintah dan pihak berkuasa.

Secara kasarnya, perhimpunan-perhimpunan sebegini sering kali dilakukan di Malaysia dan kebanyakannya tidak membawa kepada sebarang kecelakaan sekiranya dikawal dan mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, perhimpunan pelajar UiTM di Shah Alam yang menolak cadangan Menteri Besar Selangor untuk membuka kemasukan UiTM kepada bukan Bumiputera. Jika bercerita tentang kesesakan lalulintas, banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di lalulintas dijalankan di Kuala Lumpur contohnya Maraton, Lumba Basikal, dan sebagainya. Tetapi, ianya berjaya dikawal jika dirancang dan dikawal dengan rapi oleh pihak polis.

Sebaik-baiknya, pihak kerajaan dan SPR haruslah mengambil serius tuntutan Bersih ini dan mencari resolusi bagi memperkasakan proses pilihanraya di Malaysia. Bukannya memainkan isu-isu yang diluar kotak tuntutan Bersih. Bukannya memainkan isu perkauman dan keagamaan.

Bersih bukanlah untuk menggulingkan kerajaan seperti yang berlaku di Thailand suatu ketika dahulu, apatah lagi mencari Revolusi seperti di Mesir. Bersih cuma mahukan pilihanraya yang telus dan adil.

Tiada salahnya untuk berhimpun, tak kiralah sama ada Bersih, Pemuda Umno, mahupun Perkasa. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan konsep demokrasi, tidak seharusnya bertindak seperti fasis. Juga tidak seharusnya berkata-kata umpama Neo-Nazi

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

walkie-talkie; hee, sedikit takberani untuk tulis post sendiri, takut tersalah menyampaikan:)

terkilan dengan propaganda ini, sebagai rakyat seharusnya diberi peluang dan ruang untuk menerima perkara yang hak, bukannya disekat. terpanggil untuk menampal post di sini, kerana mahu agar wacana ini dipergunakan sebaiknya:)

Tuesday, June 28, 2011











I pray to Allah every day. I ask for the strength, guidance and hope I will always see the beauty in whole me. I ask for everything! I ask to be given the best outcome, how I become tangible if my prayers are not answered.

but, only Him know in the depth of sincerity of your Heart.

So blessed be Allah, the Best of Creators

[23:14]

In truth, acceptance is the shortest way to achieve peace:)

walkie-talkie; pray for them, pray for everyone.

alhamdulillah 013: infinity syukur:)

bismillah:)
ehem, salaam buat semua. moga menjadi petang yang lebiiiih baik dari dulu:)

dah lama takjejak di sini, rindu! rindu untuk menulis, bercerita tentang serbaserbi:) tiba2 dtg mood nak blogwalking, rasa seru bangat siiih! macam boleh pergi everywhere, bukan sahaja kat seluruh Malaysia, laaagi jauh pun boleh pergiii:)

Actually, we are students in every minute. And as result, we teach.

rephrasing from somewhere, sorry I forgot:) yes, indeed I am learning from you dear even only a word. belajar takpernah stop, walaupun sedang bercuti. [ececeh, nak jugaak tu]

taktahu kenapa, semuanya jadi speechless [mulut, tangan, telinga, mata dan semuanya!] agaknya, dah lama tak belajar kot. hidup hanya hidup, rugi kaan? bukankah hidup untuk semua, hidup untuk Allah.

since lidah kelu jari terkaku, deep in my heart feeling really thankful. why? because of everything!

aku tahu ya Allah, usahaku tidak sebanyak itu, doaku tak sesungguh itu. namun, kau sentiasa berikan yang terbaik buatku. aku bersyukur. kalau nak dibandingkan mereka yang lain, mereka lagi hebat! taaapi, duduk seketika, berfikir sejenak. apa yang aku dapat kini lebih banyaaak dari yang terjangka. syukrulillah:) alhamdulillah, beriman sesaat. [manusia itu pelupa, seringkali perlu diingatkan]

moga bermanfaat, maafkan khilaf saya kalau belum berapa telus. bukan semua pekung boleh dibuka kat sini, uuupss!

rindu the typing moments before,the full-time typewriter:)


Tuesday, June 21, 2011

alhamdulillah :012

alhamdulillah thumalhamdulillah:) Selawat dan salam buat junjungan mulia.

akhirnya, digagahkan niat utk menulis di sini kembali. maaf terpaksa meninggalkannya sepi.

Baiklah, bicara kali ini nak menyentuh kerana mulut. Kerana itulah jugalah, segumpal darah ini mula goyah. kerana bicaranya masin, jadi terkaku. dan kerana patah bicaranya juga, dulunya kukuh, dijatuhkan satu persatu dan akhirnya rebah.

yes, memang. saya pernah akui saya x kisah tentang itu. but I do care what she had been said! kerana manisnya mulut itu, Sukar untuk saya menulis sekiranya HATI dan perHATIan itu tiada.

Baiklah, tak perlu beremosi di sini ya, biarlah itu menjadi tanda kita pernah bertemu ;) berkasih kerana Allah, dan sentiasa mengharapkan juga apa yang dibenci cukuplah sekadar keranaNya jua. Tidak layak rasanya, menghukum orang lain sedangkan diri sendiri pun belum cukup sempurna.

Oh, cakap soal sempurna

kau. dan aku. belum cukup sempurna, kan?

yuk kita mencontohi yang sempurna!

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.”

[Al-Ahzab : 21]

Rasulullah saw pernah berpesan,

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Sabda Baginda lagi :

“Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya."

Agak-agak, bagaimana Rasulullah marah?

Bila peribadinya dihina, beliau selalu memaafkan. tetapi

bila agama dihina, beliau akan marah dan bersedia membela.

Begitulah peribadi mulia ketika marahnya.

p/s: ini adalah satu post yang sudah lama diperam dlm mangkuk komputer:)

moga perkongsian yg blh dimanfaatkan.

Sunday, April 10, 2011

alhamdulillah;) exam mode

bismillah.

okayy. keep quiet. saya tahu sekarang saya seharusnya menghadap encik buku. taaapi, please give a few minutes, okayy?

yup, there's still a lot to do:) minggu exam, ni buat jiwa kacau =.=' haih, masalah!

there's another 7 days for me. yes, u can do it! i know u girl, u're the best:) please don't give up early.
[kalau time SPM dulu, u can, kenapa tidak sekarang. please believe in yourself.]

baiklah, post ni sebenarnya untuk diri sendiri sahaja. untuk kembali bermotivasi dan semangat. yup i need that spirit again:) please hold me, O Allah.

'Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya.' [Ali-Imran : 159]

but. remember this. always.
ISLAM is the university.
the WORLD is the classroom.
AL-QUR'AN is the syllabus.
MUHAMMAD (SAW) is the teacher.
and ALLAH is the examiner.
try to pass our final exam:)
iAllah.

tell-to-do-so: dear mak and abah, thank u for giving me the whole-hearted support:)
pray me the best.

Sunday, January 16, 2011

alhamdulillah: 011

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan iman:) iman kan bisa2 aja ditarik. Allah kan Maha berkuasaaaaa?

orang beriman itu kan jua sunatullah, hidupnya sungguh luar biasa hebatttttt!

“tika diuji, dia bersabar. Namun bila diberi nikmat, tidak pula dia berbangga malah bersyukur.”

hebat, kaaaan?

baiklah, sebenarnya esok ada test bio, memang terasa nak study je 24 jam namun x bosan ke kita bila menghadap buku sahaja. ni baru 1-2 jam membelek buku, tapi terasa mcm dh bertahun-bertahun. Allahuakbar, payahnya nak bermujahadah! bukankah belajar juga kewajipan kita? ya, anda memang seorang daie, taaaapi daie kan versatile, lebih2 laaaagi zaman serba laju ini. [kita kan daie kecik!]

'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."

kata Imam Hassan al-Banna.


Begitulah juga dengan tarbiyah. sama pentingnya!

Hujung minggu lepas, berjanji dengan sahabat seSMIH utk keluar sama2, namun Allah mentakdirkan yang lebih istimewa! subhanallah. sebelum meletakkan janji, bertanya dulu pd kak majidah kalau2 nanti ada program pula nanti. bimbang juga kalau saat terakhir terpaksa dibatalkan.

alhamdulillah, kak majidah memberi kata putus tiada. 2 hari sebelum, tiba2 dikhabarkan ada program. Ya Allah, bagaimana ni? memang dalam hati ragu2, namun ikutkan perasaan pergi juga memenuhi temu janji itu. kerana prog itu saya pernah hadirinya sebelum ini, namun itu bukan jawapan yang memuaskan bukan. bukankah menuntut itu sentiasa perluuuu?

saat malam sebelumnya, berasa sangat bimbang, adakah perlu tindakanku kali ini? Ya Allah, bimbinglah aku dalam membuat segala tindakanku ini. [mmm,sebenarnya berjaniji untuk ke mid valley, bimbang sebenarnya, kiranya tempat itu tidak mengizinkan andai pun niatnya baik]

pagi esok, berdoa agar dilindungi segala yang tidak baik. alhamdulillah, segalanya menjadi yang terbaik. biarpun pertemuan yang cuma seketika, namun hatiku puas. alhamdulillah, bertemu wajah2 mereka yang sudah lama dirindui biarpun x semua.

Firman Allah, "Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan..."[Luqman: 6]

sengaja membincangkan isu hiburan. bukankah hiburan seorang yang beriman itu sering dipertikaikan? kata mereka, hiburan mukmin ini apa?

hiburan ini adalah sebarang jenis aktiviti yang dapat menenangkan dan memberi istirehat yang seketika untuk kita. biarpun hanya keluar sekejap pun, cukup menjadikan itu istirehat kita. alhamdulillah! bukan untuk mengongkong kebahagiaan mukmin itu, namun untuk memberikan yang terbaik. biarpun begitu tidak boleh kita terlalu memaksa sesuatu juga, kerana pesan Saidina Ali;

"Bila dipaksa membuat sesuatu benda yang tidak disukai, hati itu akan mati..."

alhamdulillah, Allah membuka hati untuk kita membuat penilaian yang sebaiknya. kerana kehidupan ini keseluruhannya adalah tarbiyah!

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'

[HR Al Hakim dan At Tabrani]