Friday, June 28, 2013

Long Hiatus

Bismillah.

Yeahhhh! Dah lama tak update blog, as I have mentioned before, it was a hard struggle for me to update blog in midst of studying. I guess I do had studied since this year is my very first professional exam. Woahhh!
(kalau ada emoticon, dah lama nak letak yang mulut ternganga tuhhh :) )

Banyakkk sangat benda nakk cerita, okayyy kita start yang fresh dulu.

# First Professional exam




Ini gambar family saya kat sini. Family yang berkongsi suka dan duka bertarung dalam dunia medic ni. Jujur, tak pernah rasa rupanya kencang jugakk bertarung untuk first professional exam ni. Allahu, hanya Allah yang tahu, turun naiknya ombak di dada ni >.<

Yes, we had been given two-weeks-study-week. Dalam hati kata, cukuplahh kot 2 minggu nak cover semua. Walawehhh, mulut jangan lancang sangat. 2 minggu nak cover semua topic dari first semester sampailahhh fourth semester. Tercungap-cungap. Banyakkkk, bukan mudah. Kalau otak komputer takpe, sekali sebut, terus lekat.

Betullah kata sorang kawan ni, Allah tahu, kita takk mampu, Allah tolong lagi, bagi kawan-kawan yang kita selesa buat study group. Study sama-sama. Memang kawan inilah yang aku cari study sama-sama, lepak sama-sama. Gelak sama-sama, biar hilang stress belajar. Dioranglahh yang faham betapa gila-gilanya otakkk ini :D

Bukan itu sahaja, Allah aturkan lecturer jugakk. Allah lembutkan hati-hati mereka untuk bagi hint, soalan apa yang might be keluar. Alhamdulillah, winkwink :) Memang dalam kelas nampak garang, tapi tak sama luar dan dalam rupanya. Kalau minta tolong ajar balikkk, it is not big deallahh bagi diorang. Memang soalan nampak bodohh, tapi nampakk lagi bodoh kalau tak pernah tahu jawapan dia kannn? Tapi, diorang layan je, sampai kita fahammm. Alhamdulillah.

Time exam, lagi disaster. Masa ni memang rupa katil, rupa meja tak nampakk cantikk. Berserabut. Nak cari nota pun takk jumpa, minta dengan kawan. Diorang bagi. Sebelum masa dewan exam, Allah bukakan hati untuk baca topik yang mungkin akan keluar, memang keluar. Memang bersyukur panjang keluar soalan yang baru kita baca. Sengih lebar, jangan kata. Manis orang kata. ehe :D


Alhamdulillah, result dah tahu, memang hadiah Allah manis :) Terima kasih mak dan abah yang tak henti-henti mendengar rengekan anak manja dia ini. Terima kasih atas doanya. Maaf, mungkin tak dapat nak banggakan hati mak dan abah. Doakan moga jadi lebih gigih lagi untuk tahun hadapan. 

Orang kata, jadi budak medic takde life. Ehhh, inilahh life aku. Seronok sangat.

# Tabahnya hati dia,

Cerita yang satu ni, ada kaitan dengan Pro exam jugakk, nak ambil quote kawan ni.

Tahniah kepada hati yang kuat. Hati yang cekal. Kekuatan itu tanda keredhaan. Sabar itu pasti dijnjikan dengan kemanisan. Keredhaan tanda iman. Iman tidak perlu dipancar dengan paksa, ia terpancar dengan sendiri melalui kegagalan atau kejayaan, bagaimana kita sambut, bagaimana kita syukur.

Alhamdulillah, ramai yang excellent. Tak kurang, ada jugak yang kurang bernasib baik. Bersabarlah Allah sedang menguji lagi hati hamba-hambaNya. Allah tinggikan darjatmu, kawan tinggi sikit. Dia rindu mendengarkan rintihanmu, diujinya sedikit agar lebih kerap Dia dapat mendengar suaramu.
Melihatkan dirinya yang sangat tabah, jujur diri ini cemburu. Kalau berada kat tempat dia, tak mungkin akan berbuat perkara yang sama. Allahu, kau kuatkan hatinya untuk sedetik lebih :) Moga himmahnya tak akan padam. Terima kasih jadi classmate yang terbaik.

Menitik kot air mata bila dengar ucapan dia tadi. Allah bagi dia hati yang sangat tabah :’)

Siapa kita hari ini, bukan jaminan siapa kita esok.
“Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm: 32)
Yaa Muqallibal qulub tsabbit qulubana aladdinik wa ala thaatiq

# Coming home

En route berkemas untukk pulang ke kampong halaman. Dah lama rasanya takk menghirup bayu Johor. Sungguh, aku rindu :)

Hapus rinduu, dengar satu video ni.
It is an act of worship to keep communication with your parents.
Tadi, tumpang satu teksi tuhh, kagum gila dengan pakcik tuhh. Okayy, bukan pakcik, uncle sebenarnya, Indian :D

"Uncle bukan kerja bawa teksi je."

"Hah, habis tuh uncle kerja apa?"

"Uncle sebenarnya civil engineer. I have a daughter studying medicine at Moscow."

Tergamam sebenarnya. Dia cerita,

"My daughter always disturbeb me, dengan linelahh, whatsapplahh, videochat bagai. Tengokk rumah dia, apa dia masak, dapur dia, semualahh."

Okayy, ada sedikitlahh edit-edit sebab lumrah insani, tak sedap, jadikann sedap :p Tapi, muka pakcik memang nampak riak gembira sangat bercerita tentang anaknya. Muka abah happy macam tu takkk? I wonderlahh.

Jujur, admire sangat uncle tuh. Sangat educated, berhati mulia pulakk tu. Dia bawa teksi for 5 hours starting by 8 pm sebab nak tanggung rawatan chemotherapy kawan dia. Lagi pula sebab dia India maybe, jarang aku jumpa Indian macam dia. Ohhh, this-is-skeptical-me :D
Uncle, jomm jumpa lagi, ehe :)

# Ramadhan, ramadhannn! Allahu, terujanya. Moga Allah beri saya seribu daya untuk buat amal dalam bulan ramadhan :)

Feed the feeling in your heart. Don’t conceal it.
Then you’ll start to find, find your way.

Friday, February 15, 2013

Lovebirds




Dalam dekapan ukhuwah kita belajar dari Imam Asy-Syafi’I untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Berilah pengakuan, sampaikan pujian pada mereka yang layak mendapatkannya. Sebab terkadang, dalam dekapan ukhuwah, masih banyak saudara tercinta yang belum mendapatkan perlakuan yang selayaknya dari saudara yang tercinta.

Dalam dekapan ukhuwah, kita belajar dari Imam Ahmad untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Mari kisahkan kebaikan orang-orang yang kita cintai pada para kekasih lain yang merindukan aspirasi.
Salim A. Fillah

Kagum melihat kehangatan persaudaraan antara Imam Ahmad dan Imam Syafie. Mereka jarang memikirkan hak yang mereka perlu dapatkan, tapi mereka sibuk saling memberi hak sesama mereka. Begitulah juga seharusnya kita dalam berukhuwwah. Ini tidak, kita tak pernah, jarang sekali mengalah dalam menerima hak.

“It is important to explain and be sensitive to other people feeling, especially to those people who love you”

Lesson learned, the hard way.
Please know, it hurts me more when people are hurted because of me.
Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian-kalian yang terluka.
Semoga Allah memelihara hati kita semua J

Hashtag : Inilah snippet Penang tu >.<  Sweet, kaaan? Susahkaan nak ikhlas untuk memberi?
Munirah, sedih mode is on right now, acane? Tears. 



Sunday, February 10, 2013

To Kill Two Birds with a Stone


Bismillah.

Fuhh. Update lagi! >.< Kadang-kadang tertanya-tanya jugak sebenarnya blog ni ada readers ke? Meaning that, excluding 2-3 girls yang I have known they will read this. Now or later, they do read this. Aha, bajet hotlaa tu. Btw, enjoy reading this, okay? I do appreciate all of you.
Tengok title pun tahu, with this single post, I will try bayar hutang-hutang yang tertunggak tu (read: update blog :)) I will try.

# First, en route to Terengganu, alone with abah. Impromptu journey, I thought. 3 hari kat sana, most of the times, banyak duduk dengan nenek. Lagipun balik bukan time cuti sekolah, tak ramai kat kampong. Sekali-sekala adalah makcik pakcik datang jenguk nenek. Seriously, lucu bila tengok tok (panggilan nenek ; selalunya cousins semua panggil Cik, tapi saya tak >.<) selalu jenguk bilik, katanya saja nak tengok tengah buat apa. Susah jugak nak melayan tok berbual, maklumlah saya susah sikit nak faham bahasa orang Terengganu ni. Ha-ha, saya orang bandar! Tapi, tok ni bukan boleh duduk diam, ada je aktiviti yang dia nak buat. Saya yang bertubuh muda, sangat kagum dengan golongan veteran ni. Even though dah tua, tapi still cergas bergerak. Tak senang duduk kalau hanya disuruh berehat twenty-four seven. Anak-anak yang cacing kepanasan, takut tok terjatuhlah, penatlah. Tapi orang tua, lagi ditegah, lagi gagah dia bergerak. Seeking attention, maybe.

Teringat apa yang mak pernah cakap,

Manusia ni ada life cycle. Bila sampai kita tua nanti, maybe we intend to become a child again. Kita kan jadi macam budak-budak balik. Kita seharusnya faham bila kita berhadapan dengan orang tua nanti.

Bila duduk-duduk dengan nenek ni, tiba-tiba terfikir. Kita ni sama macam daun-daun kat pokok kan? Sampai satu masa nanti, daun-daun akan berguguran jugak. Sama macam manusia jugak, bila sampai masanya nanti, kita jugak akan dipanggil. Bila kita tengok daun yang gugur tu tak semestinya yang dah tua, kadang-kadang pucuk muda pun akan gugur jugak, kalau tak gugur kita yang akan petik pucuk-pucuk muda tu. Sama macam kita, tua atau muda, kita tetap akan dipanggil. Kita tak tahu bila ajal kita, tapi Allah dah tulis semua tu, semuanya ada dalam simpananNya. Sekarang, kita kena tambah amal, biar banyak-banyak.

# Then, en route to Penang, with old school friends. Seriously, best! Walaupun agak kekok sikit mula-mula, maklumlah lama gila tak jumpa. Since ini adalah compact post, I cannot write everything in detail here. We do many things together.

    *   Bed-train trip.
    *   Banana-boat time. It was scary but yet exciting! I cannot forget the moment “Selamatkan hazirah!” tettt.
    *   Then, we have Penang Hill. Actually, we are confused. Confused. Kenapa Bukit Bendera dipanggil Penang Hill? Our official-tourist-guide said that because it is bendera Penang. Hah?
    *   Rope Walk. There is history behind this walk. Find it yourself, then. Thanks :)
    *   Books. I got three Jodi Picoult’s books in a day with RM 60 only. Guys, this is great! Bookstore ni dekat dengan Pasar Chowrastar, if I am not mistaken. Bookstore yang penuh dengan used books, great enough! You should. Go. There.
    *  Night-walk. Beronggeng tengah malam cari Nasi Kandar was fun enough.
    *    Shuttle bas. Bas ni free ride, jalan keliling Pulau Pinang. Good news for traveler yang saves budget macam kitorang.
   *   Last but not least, all day long Girls’ Talk.

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang boleh di ‘share’, tapi kerana amalan bertangguh, dah ingat-ingat lupa dah. However, I treasure very much this quote,

Travelling, it leaves you speechless, and then turns you into a storyteller.
# Home sweet home.

When you travel, you realize how much you value your home. No matter how awesome are the place you’ve traveled to, there is something about home that no other places can offer.

True indeed. Bila duduk rumah, banyak bersama dengan adik-adik. Banyak ragamnya. Hari-hari dengar abah tanya soalan yang sama dan juga rahan yang sama.

‘Dah solat? Suruh adik-adik solat awal.’
Dan setiap kali itu jugalah mesti terdetik ini, “Susah jadi parent!” Ingat kalau cukup makan pakai, dah kira complete? Belum! Anak-anak ni perlu diajar kenal tuhan, kenal Allah!

Ini cerita Haziq (my little brother). Bila dia balik sekolah, mesti tanya dia apa yang dia belajar hari ini dan jawapannya mesti macam-macam. Cerita kawan dialah, cikgu dialah (read: ustaz dan ustazah), buku dialah. Macam-macam. Orang kata,

Instead of asking your child, “What did you get on the test?” try asking them “What did you learn in class?” Focus our children onto what matters most.
Aha, cerita pasal rumah. Homesick, ke?

Last hashtag : Dah nak mula semester baru, sama-sama perbaharui niat :) Mesti jarang update dah, time constricted. Banyak perkara yang lebih awlawiyaat >.< 
There are a few snippets from Penang trip that I really want to share, but I need more times and words too. Just wait >.<

Selamat mentajdid niat! Moga jadi yang lebih baik.
Lots of LOVE.