orang beriman itu kan jua sunatullah, hidupnya sungguh luar biasa hebatttttt!
“tika diuji, dia bersabar. Namun bila diberi nikmat, tidak pula dia berbangga malah bersyukur.”
hebat, kaaaan?
baiklah, sebenarnya esok ada test bio, memang terasa nak study je 24 jam namun x bosan ke kita bila menghadap buku sahaja. ni baru 1-2 jam membelek buku, tapi terasa mcm dh bertahun-bertahun. Allahuakbar, payahnya nak bermujahadah! bukankah belajar juga kewajipan kita? ya, anda memang seorang daie, taaaapi daie kan versatile, lebih2 laaaagi zaman serba laju ini. [kita kan daie kecik!]
'Jihad adalab fardu yang berjalan terus sampai hari kiamat."
kata Imam Hassan al-Banna.
Begitulah juga dengan tarbiyah. sama pentingnya!
Hujung minggu lepas, berjanji dengan sahabat seSMIH utk keluar sama2, namun Allah mentakdirkan yang lebih istimewa! subhanallah. sebelum meletakkan janji, bertanya dulu pd kak majidah kalau2 nanti ada program pula nanti. bimbang juga kalau saat terakhir terpaksa dibatalkan.
alhamdulillah, kak majidah memberi kata putus tiada. 2 hari sebelum, tiba2 dikhabarkan ada program. Ya Allah, bagaimana ni? memang dalam hati ragu2, namun ikutkan perasaan pergi juga memenuhi temu janji itu. kerana prog itu saya pernah hadirinya sebelum ini, namun itu bukan jawapan yang memuaskan bukan. bukankah menuntut itu sentiasa perluuuu?
saat malam sebelumnya, berasa sangat bimbang, adakah perlu tindakanku kali ini? Ya Allah, bimbinglah aku dalam membuat segala tindakanku ini. [mmm,sebenarnya berjaniji untuk ke mid valley, bimbang sebenarnya, kiranya tempat itu tidak mengizinkan andai pun niatnya baik]
pagi esok, berdoa agar dilindungi segala yang tidak baik. alhamdulillah, segalanya menjadi yang terbaik. biarpun pertemuan yang cuma seketika, namun hatiku puas. alhamdulillah, bertemu wajah2 mereka yang sudah lama dirindui biarpun x semua.
Firman Allah, "Dan di antara manusia (ada) orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan, yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan..."[Luqman: 6]
sengaja membincangkan isu hiburan. bukankah hiburan seorang yang beriman itu sering dipertikaikan? kata mereka, hiburan mukmin ini apa?
hiburan ini adalah sebarang jenis aktiviti yang dapat menenangkan dan memberi istirehat yang seketika untuk kita. biarpun hanya keluar sekejap pun, cukup menjadikan itu istirehat kita. alhamdulillah! bukan untuk mengongkong kebahagiaan mukmin itu, namun untuk memberikan yang terbaik. biarpun begitu tidak boleh kita terlalu memaksa sesuatu juga, kerana pesan Saidina Ali;
"Bila dipaksa membuat sesuatu benda yang tidak disukai, hati itu akan mati..."
alhamdulillah, Allah membuka hati untuk kita membuat penilaian yang sebaiknya. kerana kehidupan ini keseluruhannya adalah tarbiyah!
"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memohon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
[HR Al Hakim dan At Tabrani]