Friday, February 15, 2013

Lovebirds




Dalam dekapan ukhuwah kita belajar dari Imam Asy-Syafi’I untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Berilah pengakuan, sampaikan pujian pada mereka yang layak mendapatkannya. Sebab terkadang, dalam dekapan ukhuwah, masih banyak saudara tercinta yang belum mendapatkan perlakuan yang selayaknya dari saudara yang tercinta.

Dalam dekapan ukhuwah, kita belajar dari Imam Ahmad untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Mari kisahkan kebaikan orang-orang yang kita cintai pada para kekasih lain yang merindukan aspirasi.
Salim A. Fillah

Kagum melihat kehangatan persaudaraan antara Imam Ahmad dan Imam Syafie. Mereka jarang memikirkan hak yang mereka perlu dapatkan, tapi mereka sibuk saling memberi hak sesama mereka. Begitulah juga seharusnya kita dalam berukhuwwah. Ini tidak, kita tak pernah, jarang sekali mengalah dalam menerima hak.

“It is important to explain and be sensitive to other people feeling, especially to those people who love you”

Lesson learned, the hard way.
Please know, it hurts me more when people are hurted because of me.
Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian-kalian yang terluka.
Semoga Allah memelihara hati kita semua J

Hashtag : Inilah snippet Penang tu >.<  Sweet, kaaan? Susahkaan nak ikhlas untuk memberi?
Munirah, sedih mode is on right now, acane? Tears. 



Sunday, February 10, 2013

To Kill Two Birds with a Stone


Bismillah.

Fuhh. Update lagi! >.< Kadang-kadang tertanya-tanya jugak sebenarnya blog ni ada readers ke? Meaning that, excluding 2-3 girls yang I have known they will read this. Now or later, they do read this. Aha, bajet hotlaa tu. Btw, enjoy reading this, okay? I do appreciate all of you.
Tengok title pun tahu, with this single post, I will try bayar hutang-hutang yang tertunggak tu (read: update blog :)) I will try.

# First, en route to Terengganu, alone with abah. Impromptu journey, I thought. 3 hari kat sana, most of the times, banyak duduk dengan nenek. Lagipun balik bukan time cuti sekolah, tak ramai kat kampong. Sekali-sekala adalah makcik pakcik datang jenguk nenek. Seriously, lucu bila tengok tok (panggilan nenek ; selalunya cousins semua panggil Cik, tapi saya tak >.<) selalu jenguk bilik, katanya saja nak tengok tengah buat apa. Susah jugak nak melayan tok berbual, maklumlah saya susah sikit nak faham bahasa orang Terengganu ni. Ha-ha, saya orang bandar! Tapi, tok ni bukan boleh duduk diam, ada je aktiviti yang dia nak buat. Saya yang bertubuh muda, sangat kagum dengan golongan veteran ni. Even though dah tua, tapi still cergas bergerak. Tak senang duduk kalau hanya disuruh berehat twenty-four seven. Anak-anak yang cacing kepanasan, takut tok terjatuhlah, penatlah. Tapi orang tua, lagi ditegah, lagi gagah dia bergerak. Seeking attention, maybe.

Teringat apa yang mak pernah cakap,

Manusia ni ada life cycle. Bila sampai kita tua nanti, maybe we intend to become a child again. Kita kan jadi macam budak-budak balik. Kita seharusnya faham bila kita berhadapan dengan orang tua nanti.

Bila duduk-duduk dengan nenek ni, tiba-tiba terfikir. Kita ni sama macam daun-daun kat pokok kan? Sampai satu masa nanti, daun-daun akan berguguran jugak. Sama macam manusia jugak, bila sampai masanya nanti, kita jugak akan dipanggil. Bila kita tengok daun yang gugur tu tak semestinya yang dah tua, kadang-kadang pucuk muda pun akan gugur jugak, kalau tak gugur kita yang akan petik pucuk-pucuk muda tu. Sama macam kita, tua atau muda, kita tetap akan dipanggil. Kita tak tahu bila ajal kita, tapi Allah dah tulis semua tu, semuanya ada dalam simpananNya. Sekarang, kita kena tambah amal, biar banyak-banyak.

# Then, en route to Penang, with old school friends. Seriously, best! Walaupun agak kekok sikit mula-mula, maklumlah lama gila tak jumpa. Since ini adalah compact post, I cannot write everything in detail here. We do many things together.

    *   Bed-train trip.
    *   Banana-boat time. It was scary but yet exciting! I cannot forget the moment “Selamatkan hazirah!” tettt.
    *   Then, we have Penang Hill. Actually, we are confused. Confused. Kenapa Bukit Bendera dipanggil Penang Hill? Our official-tourist-guide said that because it is bendera Penang. Hah?
    *   Rope Walk. There is history behind this walk. Find it yourself, then. Thanks :)
    *   Books. I got three Jodi Picoult’s books in a day with RM 60 only. Guys, this is great! Bookstore ni dekat dengan Pasar Chowrastar, if I am not mistaken. Bookstore yang penuh dengan used books, great enough! You should. Go. There.
    *  Night-walk. Beronggeng tengah malam cari Nasi Kandar was fun enough.
    *    Shuttle bas. Bas ni free ride, jalan keliling Pulau Pinang. Good news for traveler yang saves budget macam kitorang.
   *   Last but not least, all day long Girls’ Talk.

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang boleh di ‘share’, tapi kerana amalan bertangguh, dah ingat-ingat lupa dah. However, I treasure very much this quote,

Travelling, it leaves you speechless, and then turns you into a storyteller.
# Home sweet home.

When you travel, you realize how much you value your home. No matter how awesome are the place you’ve traveled to, there is something about home that no other places can offer.

True indeed. Bila duduk rumah, banyak bersama dengan adik-adik. Banyak ragamnya. Hari-hari dengar abah tanya soalan yang sama dan juga rahan yang sama.

‘Dah solat? Suruh adik-adik solat awal.’
Dan setiap kali itu jugalah mesti terdetik ini, “Susah jadi parent!” Ingat kalau cukup makan pakai, dah kira complete? Belum! Anak-anak ni perlu diajar kenal tuhan, kenal Allah!

Ini cerita Haziq (my little brother). Bila dia balik sekolah, mesti tanya dia apa yang dia belajar hari ini dan jawapannya mesti macam-macam. Cerita kawan dialah, cikgu dialah (read: ustaz dan ustazah), buku dialah. Macam-macam. Orang kata,

Instead of asking your child, “What did you get on the test?” try asking them “What did you learn in class?” Focus our children onto what matters most.
Aha, cerita pasal rumah. Homesick, ke?

Last hashtag : Dah nak mula semester baru, sama-sama perbaharui niat :) Mesti jarang update dah, time constricted. Banyak perkara yang lebih awlawiyaat >.< 
There are a few snippets from Penang trip that I really want to share, but I need more times and words too. Just wait >.<

Selamat mentajdid niat! Moga jadi yang lebih baik.
Lots of LOVE.

Friday, February 1, 2013

Book


Bismillah.         
Wahhhhh, kerap juga update deh! Alhamdulillah. Now, bersiaran dalam kereta api, siap ada bed, fuhhh! Finishing writing this, will going to have a nice sleep :)

# NowReading
Travelog Kehidupan Abadi : Perjalanan Menuju Dewasa

Ini buku yang ke-5 sejak cuti. Awal-awal cuti habiskan buku-buku yang baru dibeli dari BigBadWolf. Memang sakan membeli kat sana. Alhamdulillah tak sia-sia dapat jugak habiskan buku-buku tu ^^, Ketagihkan buku (read : bukan medical books!) Ia seperti candu yang penagih sudah pun tahu buruknya. (Haish, ada keburukan ke? kadang-kadang, membazir kot…?) Apakan daya, sekiranya tidak dapat disedut, dihidu pun sudah cukup menghilangkan ketagihannya. Sanggup duduk bertapa lama-lama dalam MPH, pulang empty-handed pun takpe, jiwa puas!

Ok, buku ini adalah buku baru mak. Dah lama perasan, tapi rasa macam tak best. Cover biasa-biasa, title pun travelog (sounds, boring!) Rasa macam tak best, haha:) Baru baca few pages, tiba-tiba berdebar, berdebar untuk tahu apa next. Menarik buku ni, celotehnya yang bersahaja, dah buat tersenyum lebar :) Nak tahu apa bestnya, trylah cari dan baca. sesuai untuk bacaan santai, tak berat, ringan je!

# Ini quote yang saya suka.

“ Ya Allah, berikanlah saya kemungkinan itu (travelling oversea). Tunaikanlah hasrat hati. Sekiranya tidak, kau temukanlah jodoh yang dapat membawa aku ke luar negara.”

tersenyum lebar. Membaca doa penulis ini membuatkan dalam diam hati turut menuturkan doa yang sama. Allah >.<

Teringat mak, catatan perjalanan penulis mirip sangat dengan cerita mak, time oversea dulu. Mungkin ada lagi cerita mak yang kami adik-beradik tak tahu, tapi latar belakang cerita mereka yang sama. Buku ini banyak bercerita tentang UK. Oke, ini best satu!

Memang pernah menjejakkan kaki kat sana, tapi masa tu tapak kaki baru sebesar ibu jari. Sekarang tapak kaki dah sebesar kaki gajah. Lain rasanya. Ehem, moga Allah makbulkan doa ini, dapat jejak kaki ke oversea.

Teringat soalan mak dulu,
Along tak teringin ke nak pergi oversea?

Seriously, pelik. Kenapa mak tanya soalan tu tiba-tiba. Mungkin sebab adik-adik bertuah ni bercita-cita sangat nak pergi sana kot. 

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Doakanlah mereka yang terbaik :)
Honestly, time sekolah dulu tak teringin sangat nak pergi oversea. Lebih terikut-ikut dengan kawan adalah. Dalam hati, kalau tak dapat alhamdulillah! Mohon JPA pun dalam negara je. Alhamdulillah, Allah knows better, right?

# Membaca cerita-cerita dalam buku ni, membuatkan saya terfikir, Allah tahu setiap lintasan dalam hati kita. Banyak kali perkara yang penulis alami adalah lintasan hati penulis tanpa sedar. Apatah lagi, yang telah dimimpi-mimpikan. Begitu juga dengan kita, cuma kita tak rakamkan dalam buku, kadang-kadang teringat, kadang-kadang hilang macam tu je. Sebab tu kita mudah lupa, susah nak sedar diri.
Balik bercuti ni, ada 2 plan dalam kepala. Oh mungkin 3 :)

* Nak uruskan akaun Bank Rakyat. Yang ini selalu tertunda, selalu je tak jadi buat. tetapi Allah takdirkan pagi tadi, alhamdulillah settle! Sangat rapi perancangan yang Allah dah rencanakan. Jujur, tadi rasa macam impossible je untuk selesaikan, hamper-hampir je putus asa. Astaghfirullah.

* Kedua, nak uruskan access card GV. Ini access card nak masuk asrama, maklumlah duduk dengan orang luar ni, kena banyak berjaga-jaga. Lecehlah sikit. Walaupun belum selesai, tapi Allah dah nampakkan caranya. Rasa hati tak nak mention dah masalah ni kat mak dan abah. Rasa dah banyak kali cerita, I need to do it by myself. Tiba-tiba mak tanya pasal access card semalam. Oh my, Allah send signal dari hatiku ke dalam hati mak ke? In another days, kita selesaikan dengan cara baik ye, access card?

* Last, yang ini, tak penting. Urusan untuk isi perut. Rasa nak makan pasta sama-sama (masak sendiri, oke?) Tapi masih belum tertunai dan tak nampak caranya. Memang bukan rezeki. Tapi dalam kereta nadh harituh, at last kempunan I dah tertunai sikit :)

Here you go, few things that I can remember right now that need to settle down during this holiday. Excluding alter jubah. Oh ya, jubah belum potong bawah.

# Actually buku tu pun baru baca sampai chapter 16, tak habis pun lagi tapi banyak nak dikongsikan, digagahkan kepala dan tangan untuk update blog.

# This post need me to take two days. This is my love for you. Have a blast, ya!

My universe will never be the same.
I’m glad you came.