Friday, June 28, 2013

Long Hiatus

Bismillah.

Yeahhhh! Dah lama tak update blog, as I have mentioned before, it was a hard struggle for me to update blog in midst of studying. I guess I do had studied since this year is my very first professional exam. Woahhh!
(kalau ada emoticon, dah lama nak letak yang mulut ternganga tuhhh :) )

Banyakkk sangat benda nakk cerita, okayyy kita start yang fresh dulu.

# First Professional exam




Ini gambar family saya kat sini. Family yang berkongsi suka dan duka bertarung dalam dunia medic ni. Jujur, tak pernah rasa rupanya kencang jugakk bertarung untuk first professional exam ni. Allahu, hanya Allah yang tahu, turun naiknya ombak di dada ni >.<

Yes, we had been given two-weeks-study-week. Dalam hati kata, cukuplahh kot 2 minggu nak cover semua. Walawehhh, mulut jangan lancang sangat. 2 minggu nak cover semua topic dari first semester sampailahhh fourth semester. Tercungap-cungap. Banyakkkk, bukan mudah. Kalau otak komputer takpe, sekali sebut, terus lekat.

Betullah kata sorang kawan ni, Allah tahu, kita takk mampu, Allah tolong lagi, bagi kawan-kawan yang kita selesa buat study group. Study sama-sama. Memang kawan inilah yang aku cari study sama-sama, lepak sama-sama. Gelak sama-sama, biar hilang stress belajar. Dioranglahh yang faham betapa gila-gilanya otakkk ini :D

Bukan itu sahaja, Allah aturkan lecturer jugakk. Allah lembutkan hati-hati mereka untuk bagi hint, soalan apa yang might be keluar. Alhamdulillah, winkwink :) Memang dalam kelas nampak garang, tapi tak sama luar dan dalam rupanya. Kalau minta tolong ajar balikkk, it is not big deallahh bagi diorang. Memang soalan nampak bodohh, tapi nampakk lagi bodoh kalau tak pernah tahu jawapan dia kannn? Tapi, diorang layan je, sampai kita fahammm. Alhamdulillah.

Time exam, lagi disaster. Masa ni memang rupa katil, rupa meja tak nampakk cantikk. Berserabut. Nak cari nota pun takk jumpa, minta dengan kawan. Diorang bagi. Sebelum masa dewan exam, Allah bukakan hati untuk baca topik yang mungkin akan keluar, memang keluar. Memang bersyukur panjang keluar soalan yang baru kita baca. Sengih lebar, jangan kata. Manis orang kata. ehe :D


Alhamdulillah, result dah tahu, memang hadiah Allah manis :) Terima kasih mak dan abah yang tak henti-henti mendengar rengekan anak manja dia ini. Terima kasih atas doanya. Maaf, mungkin tak dapat nak banggakan hati mak dan abah. Doakan moga jadi lebih gigih lagi untuk tahun hadapan. 

Orang kata, jadi budak medic takde life. Ehhh, inilahh life aku. Seronok sangat.

# Tabahnya hati dia,

Cerita yang satu ni, ada kaitan dengan Pro exam jugakk, nak ambil quote kawan ni.

Tahniah kepada hati yang kuat. Hati yang cekal. Kekuatan itu tanda keredhaan. Sabar itu pasti dijnjikan dengan kemanisan. Keredhaan tanda iman. Iman tidak perlu dipancar dengan paksa, ia terpancar dengan sendiri melalui kegagalan atau kejayaan, bagaimana kita sambut, bagaimana kita syukur.

Alhamdulillah, ramai yang excellent. Tak kurang, ada jugak yang kurang bernasib baik. Bersabarlah Allah sedang menguji lagi hati hamba-hambaNya. Allah tinggikan darjatmu, kawan tinggi sikit. Dia rindu mendengarkan rintihanmu, diujinya sedikit agar lebih kerap Dia dapat mendengar suaramu.
Melihatkan dirinya yang sangat tabah, jujur diri ini cemburu. Kalau berada kat tempat dia, tak mungkin akan berbuat perkara yang sama. Allahu, kau kuatkan hatinya untuk sedetik lebih :) Moga himmahnya tak akan padam. Terima kasih jadi classmate yang terbaik.

Menitik kot air mata bila dengar ucapan dia tadi. Allah bagi dia hati yang sangat tabah :’)

Siapa kita hari ini, bukan jaminan siapa kita esok.
“Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui siapa orang yang bertakwa.” (QS. An-Najm: 32)
Yaa Muqallibal qulub tsabbit qulubana aladdinik wa ala thaatiq

# Coming home

En route berkemas untukk pulang ke kampong halaman. Dah lama rasanya takk menghirup bayu Johor. Sungguh, aku rindu :)

Hapus rinduu, dengar satu video ni.
It is an act of worship to keep communication with your parents.
Tadi, tumpang satu teksi tuhh, kagum gila dengan pakcik tuhh. Okayy, bukan pakcik, uncle sebenarnya, Indian :D

"Uncle bukan kerja bawa teksi je."

"Hah, habis tuh uncle kerja apa?"

"Uncle sebenarnya civil engineer. I have a daughter studying medicine at Moscow."

Tergamam sebenarnya. Dia cerita,

"My daughter always disturbeb me, dengan linelahh, whatsapplahh, videochat bagai. Tengokk rumah dia, apa dia masak, dapur dia, semualahh."

Okayy, ada sedikitlahh edit-edit sebab lumrah insani, tak sedap, jadikann sedap :p Tapi, muka pakcik memang nampak riak gembira sangat bercerita tentang anaknya. Muka abah happy macam tu takkk? I wonderlahh.

Jujur, admire sangat uncle tuh. Sangat educated, berhati mulia pulakk tu. Dia bawa teksi for 5 hours starting by 8 pm sebab nak tanggung rawatan chemotherapy kawan dia. Lagi pula sebab dia India maybe, jarang aku jumpa Indian macam dia. Ohhh, this-is-skeptical-me :D
Uncle, jomm jumpa lagi, ehe :)

# Ramadhan, ramadhannn! Allahu, terujanya. Moga Allah beri saya seribu daya untuk buat amal dalam bulan ramadhan :)

Feed the feeling in your heart. Don’t conceal it.
Then you’ll start to find, find your way.

Friday, February 15, 2013

Lovebirds




Dalam dekapan ukhuwah kita belajar dari Imam Asy-Syafi’I untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Berilah pengakuan, sampaikan pujian pada mereka yang layak mendapatkannya. Sebab terkadang, dalam dekapan ukhuwah, masih banyak saudara tercinta yang belum mendapatkan perlakuan yang selayaknya dari saudara yang tercinta.

Dalam dekapan ukhuwah, kita belajar dari Imam Ahmad untuk merambatkan gelora, untuk mewabahkan kehangatan persaudaraan. Mari kisahkan kebaikan orang-orang yang kita cintai pada para kekasih lain yang merindukan aspirasi.
Salim A. Fillah

Kagum melihat kehangatan persaudaraan antara Imam Ahmad dan Imam Syafie. Mereka jarang memikirkan hak yang mereka perlu dapatkan, tapi mereka sibuk saling memberi hak sesama mereka. Begitulah juga seharusnya kita dalam berukhuwwah. Ini tidak, kita tak pernah, jarang sekali mengalah dalam menerima hak.

“It is important to explain and be sensitive to other people feeling, especially to those people who love you”

Lesson learned, the hard way.
Please know, it hurts me more when people are hurted because of me.
Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian-kalian yang terluka.
Semoga Allah memelihara hati kita semua J

Hashtag : Inilah snippet Penang tu >.<  Sweet, kaaan? Susahkaan nak ikhlas untuk memberi?
Munirah, sedih mode is on right now, acane? Tears. 



Sunday, February 10, 2013

To Kill Two Birds with a Stone


Bismillah.

Fuhh. Update lagi! >.< Kadang-kadang tertanya-tanya jugak sebenarnya blog ni ada readers ke? Meaning that, excluding 2-3 girls yang I have known they will read this. Now or later, they do read this. Aha, bajet hotlaa tu. Btw, enjoy reading this, okay? I do appreciate all of you.
Tengok title pun tahu, with this single post, I will try bayar hutang-hutang yang tertunggak tu (read: update blog :)) I will try.

# First, en route to Terengganu, alone with abah. Impromptu journey, I thought. 3 hari kat sana, most of the times, banyak duduk dengan nenek. Lagipun balik bukan time cuti sekolah, tak ramai kat kampong. Sekali-sekala adalah makcik pakcik datang jenguk nenek. Seriously, lucu bila tengok tok (panggilan nenek ; selalunya cousins semua panggil Cik, tapi saya tak >.<) selalu jenguk bilik, katanya saja nak tengok tengah buat apa. Susah jugak nak melayan tok berbual, maklumlah saya susah sikit nak faham bahasa orang Terengganu ni. Ha-ha, saya orang bandar! Tapi, tok ni bukan boleh duduk diam, ada je aktiviti yang dia nak buat. Saya yang bertubuh muda, sangat kagum dengan golongan veteran ni. Even though dah tua, tapi still cergas bergerak. Tak senang duduk kalau hanya disuruh berehat twenty-four seven. Anak-anak yang cacing kepanasan, takut tok terjatuhlah, penatlah. Tapi orang tua, lagi ditegah, lagi gagah dia bergerak. Seeking attention, maybe.

Teringat apa yang mak pernah cakap,

Manusia ni ada life cycle. Bila sampai kita tua nanti, maybe we intend to become a child again. Kita kan jadi macam budak-budak balik. Kita seharusnya faham bila kita berhadapan dengan orang tua nanti.

Bila duduk-duduk dengan nenek ni, tiba-tiba terfikir. Kita ni sama macam daun-daun kat pokok kan? Sampai satu masa nanti, daun-daun akan berguguran jugak. Sama macam manusia jugak, bila sampai masanya nanti, kita jugak akan dipanggil. Bila kita tengok daun yang gugur tu tak semestinya yang dah tua, kadang-kadang pucuk muda pun akan gugur jugak, kalau tak gugur kita yang akan petik pucuk-pucuk muda tu. Sama macam kita, tua atau muda, kita tetap akan dipanggil. Kita tak tahu bila ajal kita, tapi Allah dah tulis semua tu, semuanya ada dalam simpananNya. Sekarang, kita kena tambah amal, biar banyak-banyak.

# Then, en route to Penang, with old school friends. Seriously, best! Walaupun agak kekok sikit mula-mula, maklumlah lama gila tak jumpa. Since ini adalah compact post, I cannot write everything in detail here. We do many things together.

    *   Bed-train trip.
    *   Banana-boat time. It was scary but yet exciting! I cannot forget the moment “Selamatkan hazirah!” tettt.
    *   Then, we have Penang Hill. Actually, we are confused. Confused. Kenapa Bukit Bendera dipanggil Penang Hill? Our official-tourist-guide said that because it is bendera Penang. Hah?
    *   Rope Walk. There is history behind this walk. Find it yourself, then. Thanks :)
    *   Books. I got three Jodi Picoult’s books in a day with RM 60 only. Guys, this is great! Bookstore ni dekat dengan Pasar Chowrastar, if I am not mistaken. Bookstore yang penuh dengan used books, great enough! You should. Go. There.
    *  Night-walk. Beronggeng tengah malam cari Nasi Kandar was fun enough.
    *    Shuttle bas. Bas ni free ride, jalan keliling Pulau Pinang. Good news for traveler yang saves budget macam kitorang.
   *   Last but not least, all day long Girls’ Talk.

Sebenarnya, banyak lagi cerita yang boleh di ‘share’, tapi kerana amalan bertangguh, dah ingat-ingat lupa dah. However, I treasure very much this quote,

Travelling, it leaves you speechless, and then turns you into a storyteller.
# Home sweet home.

When you travel, you realize how much you value your home. No matter how awesome are the place you’ve traveled to, there is something about home that no other places can offer.

True indeed. Bila duduk rumah, banyak bersama dengan adik-adik. Banyak ragamnya. Hari-hari dengar abah tanya soalan yang sama dan juga rahan yang sama.

‘Dah solat? Suruh adik-adik solat awal.’
Dan setiap kali itu jugalah mesti terdetik ini, “Susah jadi parent!” Ingat kalau cukup makan pakai, dah kira complete? Belum! Anak-anak ni perlu diajar kenal tuhan, kenal Allah!

Ini cerita Haziq (my little brother). Bila dia balik sekolah, mesti tanya dia apa yang dia belajar hari ini dan jawapannya mesti macam-macam. Cerita kawan dialah, cikgu dialah (read: ustaz dan ustazah), buku dialah. Macam-macam. Orang kata,

Instead of asking your child, “What did you get on the test?” try asking them “What did you learn in class?” Focus our children onto what matters most.
Aha, cerita pasal rumah. Homesick, ke?

Last hashtag : Dah nak mula semester baru, sama-sama perbaharui niat :) Mesti jarang update dah, time constricted. Banyak perkara yang lebih awlawiyaat >.< 
There are a few snippets from Penang trip that I really want to share, but I need more times and words too. Just wait >.<

Selamat mentajdid niat! Moga jadi yang lebih baik.
Lots of LOVE.

Friday, February 1, 2013

Book


Bismillah.         
Wahhhhh, kerap juga update deh! Alhamdulillah. Now, bersiaran dalam kereta api, siap ada bed, fuhhh! Finishing writing this, will going to have a nice sleep :)

# NowReading
Travelog Kehidupan Abadi : Perjalanan Menuju Dewasa

Ini buku yang ke-5 sejak cuti. Awal-awal cuti habiskan buku-buku yang baru dibeli dari BigBadWolf. Memang sakan membeli kat sana. Alhamdulillah tak sia-sia dapat jugak habiskan buku-buku tu ^^, Ketagihkan buku (read : bukan medical books!) Ia seperti candu yang penagih sudah pun tahu buruknya. (Haish, ada keburukan ke? kadang-kadang, membazir kot…?) Apakan daya, sekiranya tidak dapat disedut, dihidu pun sudah cukup menghilangkan ketagihannya. Sanggup duduk bertapa lama-lama dalam MPH, pulang empty-handed pun takpe, jiwa puas!

Ok, buku ini adalah buku baru mak. Dah lama perasan, tapi rasa macam tak best. Cover biasa-biasa, title pun travelog (sounds, boring!) Rasa macam tak best, haha:) Baru baca few pages, tiba-tiba berdebar, berdebar untuk tahu apa next. Menarik buku ni, celotehnya yang bersahaja, dah buat tersenyum lebar :) Nak tahu apa bestnya, trylah cari dan baca. sesuai untuk bacaan santai, tak berat, ringan je!

# Ini quote yang saya suka.

“ Ya Allah, berikanlah saya kemungkinan itu (travelling oversea). Tunaikanlah hasrat hati. Sekiranya tidak, kau temukanlah jodoh yang dapat membawa aku ke luar negara.”

tersenyum lebar. Membaca doa penulis ini membuatkan dalam diam hati turut menuturkan doa yang sama. Allah >.<

Teringat mak, catatan perjalanan penulis mirip sangat dengan cerita mak, time oversea dulu. Mungkin ada lagi cerita mak yang kami adik-beradik tak tahu, tapi latar belakang cerita mereka yang sama. Buku ini banyak bercerita tentang UK. Oke, ini best satu!

Memang pernah menjejakkan kaki kat sana, tapi masa tu tapak kaki baru sebesar ibu jari. Sekarang tapak kaki dah sebesar kaki gajah. Lain rasanya. Ehem, moga Allah makbulkan doa ini, dapat jejak kaki ke oversea.

Teringat soalan mak dulu,
Along tak teringin ke nak pergi oversea?

Seriously, pelik. Kenapa mak tanya soalan tu tiba-tiba. Mungkin sebab adik-adik bertuah ni bercita-cita sangat nak pergi sana kot. 

Kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Doakanlah mereka yang terbaik :)
Honestly, time sekolah dulu tak teringin sangat nak pergi oversea. Lebih terikut-ikut dengan kawan adalah. Dalam hati, kalau tak dapat alhamdulillah! Mohon JPA pun dalam negara je. Alhamdulillah, Allah knows better, right?

# Membaca cerita-cerita dalam buku ni, membuatkan saya terfikir, Allah tahu setiap lintasan dalam hati kita. Banyak kali perkara yang penulis alami adalah lintasan hati penulis tanpa sedar. Apatah lagi, yang telah dimimpi-mimpikan. Begitu juga dengan kita, cuma kita tak rakamkan dalam buku, kadang-kadang teringat, kadang-kadang hilang macam tu je. Sebab tu kita mudah lupa, susah nak sedar diri.
Balik bercuti ni, ada 2 plan dalam kepala. Oh mungkin 3 :)

* Nak uruskan akaun Bank Rakyat. Yang ini selalu tertunda, selalu je tak jadi buat. tetapi Allah takdirkan pagi tadi, alhamdulillah settle! Sangat rapi perancangan yang Allah dah rencanakan. Jujur, tadi rasa macam impossible je untuk selesaikan, hamper-hampir je putus asa. Astaghfirullah.

* Kedua, nak uruskan access card GV. Ini access card nak masuk asrama, maklumlah duduk dengan orang luar ni, kena banyak berjaga-jaga. Lecehlah sikit. Walaupun belum selesai, tapi Allah dah nampakkan caranya. Rasa hati tak nak mention dah masalah ni kat mak dan abah. Rasa dah banyak kali cerita, I need to do it by myself. Tiba-tiba mak tanya pasal access card semalam. Oh my, Allah send signal dari hatiku ke dalam hati mak ke? In another days, kita selesaikan dengan cara baik ye, access card?

* Last, yang ini, tak penting. Urusan untuk isi perut. Rasa nak makan pasta sama-sama (masak sendiri, oke?) Tapi masih belum tertunai dan tak nampak caranya. Memang bukan rezeki. Tapi dalam kereta nadh harituh, at last kempunan I dah tertunai sikit :)

Here you go, few things that I can remember right now that need to settle down during this holiday. Excluding alter jubah. Oh ya, jubah belum potong bawah.

# Actually buku tu pun baru baca sampai chapter 16, tak habis pun lagi tapi banyak nak dikongsikan, digagahkan kepala dan tangan untuk update blog.

# This post need me to take two days. This is my love for you. Have a blast, ya!

My universe will never be the same.
I’m glad you came. 

Tuesday, January 29, 2013

Lets Keep Dancing!


The truth is we choose what we love most.
When we love money most, that’s what we choose. 
When we love people more, they fill our hearts. 
We think of them most. Our life loses center. 
We leave the orbit of the Creator and enter the orbit of the creation—a painful and unstable orbit. 
In the orbit of the creation, we rise and fall with the wave of the creation, 
the wave of praise and criticism, our standards for success and 
failure come from the creation, from society.

Yasmin Mogahed

#True enough! Hidup ini satu pilihan because we have a high tendency to choose, sometimes kita jatuh dan bangun pun disebabkan oleh pilihan kita sendiri. When we love money, we judge people based on money measures,When we love people, we fond them on their love-giving. 

#currently iman is an hazardous state. Sekejap ombak besar, sekejap laut tenang. Kadang-kadang diri sendiri yang confused. Confused! Jom re-check iman sekejap, moga yang sekejap itu yang Allah nantikan daripada kita. 

Taqwa is not just about God-fearing. It is also about God-loving. ;)  
#Here is an interesting video, made by awesome child. Nice!


Guys, sometimes we have to keep dancing.

Every passing day is an opportunity taken or an opportunity missed. >.<

Thursday, January 24, 2013

Reflection


Bismillah [Self-reminder]
Baca kembali post a few days ago…. Astaghfirullah. *hanya mampu geleng kepala* Benarlah kata orang, if someone has her own ability, skill. Use it, share with everyone. If not, it is going to be wasted :’) [terasa! ouch]
Today, doing some reflections. Aduuhh! Sangat loser. Rasa macam betapa banyak perkara yang telah disia-siakan.
"Wahai orang-orang yang beriman!
Barangsiapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya,
maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum;
[1] Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya,
[2] dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang beriman,
[3] tetapi bersikap tegas terhadap orang-orang kafir,
[4] yang berjihad di jalan Allah,
[5] dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.
Itulah karunia Allah yang diberikanNya kepada siapa yang Dia kehendaki.
Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui."
[Al-Maidah : 54]

Yup, Allah will replace us with someone else which is much much better, if you’re going not to do your responsibility CORRECTLY! 
here I’m doing a little writing on my own reflection, it might make you a little annoyed. Hence, put your shoes and go! Shuh! Shuh! :)

# First, as ‘abidah. Selalu melambat-lambatkan solat especially time bila sangat malas. Tak kira lagi bila you said you have very very much things to do. Allah! Kurangnya rasa sensitive aku pada time dating kita. Doa pun jarang! Bila something that really knock you up, baru rasa nak mengadu, merintih. Ouchh, bila susah baru ingat Allah.

“And when My slaves ask you (Muhammad) concerning Me, then, I am indeed near. I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me. So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led alright. [2:186]

Ya, Allah Maha mendengar! Dia akan mendengar setiap doa kita. Said Ustaz Nouman Ali Khan, dalam one of his lecture; Allah use da’wata instead of du’a because Allah will listen and immediately respond if you only make a du’a once, if once in a blue moon! Subhanallah, Allah will never make you down :’) Try find his lecture. Best!

# Then, as a student. Ya, ini memang jelas dan nyata. Bila time exam betul-betul depan mata, baru terkial-kial cari buku. Masa tuh, baru curi waktu nak jumpa lecturers. It has been 2 sems like that. Aishhh. Ottokke? :) Tapi, sem 2 nampak ada improvement. Study group pun start awal, kaaan? Haha. Sungguh, kalau dah salah, mesti ada benda yang nak nampak betul. Manusiaaa. Berapa kali je rasa rajin nak belajar.  Astaghfirullah, asyik mengeluh nak cuti je. Nak balik rumah.

# As a friend. Ini yang rasa nak menangis, banyak je hati-hati yang telah dilukai apatah lagi classmates. Yalah, lagi-lagi housemates. Duduk depan mata, asyik nak gaduh je. Lancang betul mulut ni! Yang sakit hati lagi banyak, ada je yang tak puas hati. If anyone of you reading this, I’m really sorry. But, there is still something that I just couldn’t clear it up. Bila fikir-fikir, dia bukan buat salah besar but, tapi rasa hati :’( Doakan moga-moga Allah lembutkan hati. Nak cerita kat sini memang banyak sangat mistake that I have done. Please know, it hurts me more when people are hurted because of me. Maaf di atas ketidak sensitifan terhadap kalian2 yang terluka. sobsob

# Untuk rakan-rakan berkonferens riang, maaf tak tunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Banyak sangat kekurangan, banyak kali hati ini larut, tak bersama dengan kalian. Allah! Bila esoknya ada konferens riang, baru terkocoh-kocoh cari bahan. Itupun tak sempurna :’) Tapi, bersama dengan kalian, memang seru bangaatt dehhh!

Relationship with Allah will determine your relationship with others. It starts with our Imaaan!
Lesson learned. As we all know it already, iman should be put ahead, then comes ukhuwah, ikhlas etc. Teringat cerita dulu :’) Bila ada masalah, everyone blame others. Dia ni tak sabar, tak faham! Dahulu, Akasyah sekarang Atikah, “semua tu depend on our faith, our iman. Bila semua ni settle, mesti tak ada masalah. “ Allah, time macam ni Allah hadiahkan mereka untuk saya. Bila dengar je, rasa nak hantuk kepala, terkena! Bila hati sendiri tidak terjaga, bagaimana hendak menjaga hati orang lain? :’)
# Opss, lagi satu. My parent:) They always there, no matter how hard they are having now. They are there! Bila duduk jauh, baru rasa besarnya pengorbanan mereka. Dahlah sorang-sorang besar kepala, kalau besar hati takpe juga! Yang ini, banyak sangaatt! Being here at home, mudahan dapat ringankan sikit beban diorang:) Tidur yang extra lena, tulah katil empuk sangat! See, nak salahkan orang lain pula. 
WoAH! Teruja, tak sangka. Puas dapat celoteh kat sini.
# Tidak cukup sekadar berimpian, berencana & mengolah kata. Yang jauuuh lagi penting pastinya, amal, amal & AMAL! InsyaAllah, berusaha untuk melakukan yang lebih baik. This note is just half from the whole:) There are still more, but couldn’t recall all back. Ini sekadar self-reminder, seronok belek-belek post lama. Imbau kenangan. eceh!

Tuesday, January 15, 2013




"Kerana tiap orang beriman tetaplah rembulan,
memiliki sisi kelam,
yang tak pernah ingin ditampakkannya pada siapapun,
maka cukuplah bagiku,
memandang sang bulan,
pada sisi cantik yang menghadap bumi.
Tentu, tanpa kehilangan semangat,
untuk selalu berbagi dan sesekali merasai,
gelapnya sesal & hangatnya nasihat,
sebagaimana sang rembulan,
yang kadang harus menggerhanai matahari."

Salim A Fillah. 

Suka tengok asap kopi. Need some refreshments :)





 In the mood of holiday. Yeehuu! 
Let's flashback, let's backtrack. to a time, like yours and mine. 
The story of the three, who longed to be. To be free, of their misery. 

Lots of love. 

p/s: Dear Afrah sayang, sorry for lying. hee ^^, happy holiday.